Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

FAS 'pisah' dengan pengarah teknikal asal Australia

Penolong jurulatih Young Lions Philippe Aw isi jawatan sebagai pengganti sementara
Nov 10, 2021 | 05:30 AM



PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) dan pengarah teknikal Joseph Palatsides telah mencapai persetujuan untuk berpisah, kata presiden FAS Lim Kia Tong semalam.



Namun, Palatsides, 56 tahun, akan kekal mendukung jawatan itu sehingga akhir tahun ini.



Penolong jurulatih Young Lions Philippe Aw, yang juga jurulatih pasukan nasional bawah 15 tahun, telah dilantik sebagai pengarah teknikal sebagai pengganti sementara.



Palatsides, yang berasal dari Australia, menyertai FAS pada 2019 dan ditugaskan menyemarakkan bola sepak setempat.



Beliau menandatangani kontrak dua tahun pada ketika itu, yang dilanjutkan sehingga 2023 pada Jun lalu.



Ogos lalu, beliau memohon cuti untuk pulang ke Australia.



Bercakap dalam sidang media melalui panggilan video semalam, Palatsides berkata keadaan pandemik serta isu kesihatan dan peribadi yang dihadapinya membentuk sebahagian besar sebab beliau memutuskan tidak kembali ke Singapura.



Beliau berkata:



"Saya memohon maaf dan kecewa kerana akibat keadaan berhubung Covid-19, saya terpaksa mengambil keputusan yang amat sukar ini untuk mengakhiri hubungan (dengan FAS) lebih awal daripada yang ditetapkan.



"Pada masa ini, berada bersama keluarga saya adalah amat penting bagi saya.



"Namun saya senang hati kerana pasukan yang saya tinggalkan di FAS yang dibentuk sekumpulan individu yang bertekad dan berupaya untuk terus mengejar matlamat menaikkan semula bola sepak Singapura."



Palatsides, yang pernah beraksi sebagai seorang pemain pertahanan, berkata beliau besar kemungkinan akan menyertai pasukan Melbourne Victory yang beraksi dalam Liga Australia (A-League), sebagai ketua akademi kelab itu.



Pada Jun lalu, Lim berkata Palatsides memainkan peranan penting untuk membangunkan bola sepak Singapura, terutama apabila ia sedang membuat persiapan bagi projek Unleash The Roar.



Semalam, Lim berkata:



"FAS mengutamakan kesejahteraan semua kakitangannya, suatu yang amat penting terutama dalam keadaan Covid-19 ini. Keadaan ini amat malang, tetapi kami terpaksa berpisah dengan Joseph. Kami terpaksa mengambil keputusan sukar ini."



Sebelum dilantik menjadi pengarah teknikal di FAS pada Mei 2019, Palatsides mendukung jawatan sebagai ketua akademi belia Melbourne City, satu lagi kelab A-League.



Palatsides, yang pernah bermain dan menjadi jurulatih di Australia dan Greece, telah mengetuai pembangunan keseluruhan bola sepak di Singapura sejak mendukung jawatan pengarah teknikal.



Ini termasuk mempertingkat pasukan bola sepak nasional di setiap peringkat usia, membangunkan bola sepak perempuan dan juga di peringkat akar umbi.



Beliau juga telah memperkukuh struktur kejurulatihan di sini, selain menambah kemasukan pemain muda dalam eko-sistem bola sepak setempat.



Di bawah kepimpinannya, Jabatan Teknikal di FAS mengadakan buat julung-julung kali sesi ujian bagi pemain lebih muda untuk memperluas jaringan pemain muda di sini.



Usaha beliau untuk mempertingkat pembangunan belia di sini diiktiraf Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) yang pada tahun lalu memberi keanggotaan penuh kepada Singapura bagi Skim Belia Elit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >