FAS sahkan Fandi akan pimpin Singa harungi cabaran Piala AFF Suzuki

APA yang dijangkakan sebelum ini disahkan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sebentar tadi (15 Mei) apabila mengumumkan bahawa legenda bola sepak negara, Fandi Ahmad, sebagai jurulatih nasional yang baru bagi memimpin cabaran skuad nasional sehingga Piala AFF Suzuki yang akan berlangsung pada November ini.

Dalam sidang media di pejabat FAS di Stadium Jalan Besar sebentar tadi, presiden FAS, Lim Kia Tong, mengumumkan pelantikan Fandi - sebagai pengganti V. Sundramoorthy yang meletakkan jawatannya bulan lalu - sambil mengatakan pihaknya akan meneruskan usaha mencari calon jurulatih nasional yang baru - tidak kira sama ada warga Singapura atau pun jurulatih dari luar negara - dan berharap dapat mengumumkannya selewat-selewatnya pada hujung tahun ini.

Fokus Fandi tetap pada projek pembangunan pemain muda dan jurulatih berusia 55 tahun itu akan kembali memimpin skuad muda negara selepas tugasnya di Piala AFF Suzuki ini.

"Majlis FAS mempunyai rancangan dan visi jangka panjang bagi skuad nasional dan kami tidak mahu terburu-buru dalam pelantikan jurulatih nasional ini kerana kami mahukan jurulatih yang akan dilantik itu membawa skuad nasional ke tahap lebih tinggi," ujar Lim di sidang yang turut dihadiri beberapa anggota majlis FAS termasuk naib presiden Edwin Tong dan pemangku setiausaha agung FAS Yazeen Buhari.

"Kami ingin melahirkan penghargaan ke atas Fandi yang sedia menyahut cabaran untuk memimpin skuad nasional pada tempoh yang penting ini dengan menjelangnya Piala AFF Suzuki," tambah Lim.

Waktu Solat

Subuh
5:45
Syuruk
7:04
Zuhur
1:09
Asar
4:25
Maghrib
7:13
Isyak
8:23
3 HR PSI: 31
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.