Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

FAS tarik balik penggantungan ke atas Kannan dan bekas pengadil

Kededua digantung sepanjang hayat dari segala aktiviti bola sepak sejak 1994, 1995 selepas didapati bersalah atur keputusan perlawanan
Mar 19, 2022 | 07:34 AM



PENGGANTUNGAN sepanjang hayat yang dikenakan ke atas bekas pemain kebangsaan, K. Kannan, dan pengadil Thiru Rajamanickam telah ditarik balik, umum Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) semalam.



Dalam satu kenyataan media, FAS berkata jawatankuasannya mengambil keputusan itu selepas menerima rayuan bertulis daripada kededua individu berkenaan pada 2021, dan larangan itu telah ditarik balik sejak Selasa lalu.



Rajamanickam dikenakan larangan pada 1994 dan Kannan setahun kemudian, kedua-duanya bagi kegiatan berhubung match-fixing atau mengatur keputusan perlawanan.



Presiden FAS, Lim Kia Tong, berkata: "Dalam menyemak kedua-dua rayuan, jawatankuasa telah membincangkan secara meluas isu dan faktor utama yang menyelubungi kedua-dua kes itu.



"Keputusan oleh jawatankuasa untuk menarik balik kedua-dua larangan ini tidak melambangkan sikap berlembut FAS terhadap rasuah dalam bola sepak. Kami tetap berpegang teguh pada pendirian kami yang tidak berbelah bahagi bahawa kesalahan rasuah tidak mempunyai tempat dalam bola sepak dan tidak akan diterima dalam apa jua bentuk.



"Mana-mana pemain atau pegawai yang didapati bersalah melakukan kesalahan sedemikian akan ditangani sepenuhnya mengikut Perlembagaan FAS."



Lim maklum bahawa rayuan kedua-dua Kannan dan Rajamanickam telah "ditolak beberapa kali" - menunjukkan pendirian teguh yang diambil FAS ke atas kesalahan rasuah dalam bola sepak.



Kannan digantung sepanjang hayat daripada segala kegiatan bola sepak pada 1995 selepas dia disabit bersalah kerana bersubahat dengan dua individu lain untuk memberi rasuah $80,000 kepada seorang pemain Singapura ketika menentang Perlis dalam satu perlawanan Liga Malaysia pada Mei 1994.



Beliau dijatuhkan hukuman penjara selama setahun dan didenda $40,000 atas tuduhan konspirasi bersama, dan dipenjara 18 bulan serta diarah membayar denda $5,000 kerana memakan rasuah.



Rajamanickam, seorang bekas pengadil Fifa, digantung seumur hidup daripada semua aktiviti bola sepak dan pendaftarannya dalam senarai pengadil FAS dibatalkan pada 1994 selepas dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan dan didenda $1,000 kerana menerima $1,000 sebagai rasuah daripada penerima taruhan.



Rajamanickam menetapkan pengadil Malaysia yang dilantik untuk bersikap lembut kepada pasukan Singapura dalam perlawanan Liga Malaysia dengan Kelantan pada April 1994.



FAS juga berkata jawatankuasanya "mematuhi dengan ketat kriteria dan keperluan Perlembagaan FAS", iaitu bergantung pada keadaan termasuk sifat dan tahap pelanggaran, hukuman yang dijatuhkan mahkamah dan watak serta sumbangan Kannan dan Rajamanickam.



Badan induk bola sepak nasional itu menambah bahawa jawatankuasa itu maklum bahawa kedua-dua lelaki itu masing-masing telah menjalani penggantungan selama 26 tahun, di samping hukuman yang dikenakan mahkamah termasuk hukuman penjara masing-masing, dan kedua-duanya juga mempunyai rekod bersih sejak itu.



Kannan dan Rajamanickam akan dikehendaki menjalani program dan aktiviti, secara bersemuka atau maya atau melalui penerbitan, untuk menyokong usaha dan penglibatan antirasuah dalam tempoh enam bulan selepas penggantungan mereka itu ditarik balik, kata FAS lagi.




"Keputusan oleh jawatankuasa untuk menarik balik kedua-dua larangan ini tidak melambangkan sikap berlembut FAS terhadap rasuah dalam bola sepak. Kami tetap berpegang teguh pada pendirian kami yang tidak berbelah bahagi bahawa kesalahan rasuah tidak mempunyai tempat dalam bola sepak dan tidak akan diterima dalam apa jua bentuk."
- Presiden FAS, Lim Kia Tong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >