Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Federer hampiri kejuaraan ke-100

Oct 29, 2018 | 06:01 PM



BASEL: Roger Federer meraih kejuaraan kali ke-99 dalam Jelajah ATP, namun dipaksa mengerah segala keringat untuk mengalahkan pemain dari pusingan kelayakan, Marius Copil (Romania) 7-6 (7/5), 6-4 di pentas akhir Kejohanan Dalam Dewan Swizterland di Basel.



Pemain pilihan utama itu meraih kejuaaraan kali kesembilan di laman sendiri, selepas dia berjaya menjinakkan lawan yang sangat bersemangat apabila sentiasa mendahului di setiap set, namun juara Grand Slam sebanyak 20 kali itu tenang untuk bangkit semula.



Federer kini berada di landasan tepat untuk memburu kejuaraan ke-100, sebelum hujung musim ini.



"Ia minggu yang sangat luar biasa buat saya, mimpi yang menjadi kenyataan. Sembilan kejuaraan adalah jumlah yang besar.



“Muncul juara beberapa kali di sini memang satu yang luar biasa. Ia adalah minggu yang penting buat saya, jika ditanya mengenai rekod," kata Federer.



Federer menang menang buat kali ke-20 berturut-turut di kejohanan berkenaan dan mara buat kali ke-12 berturut-turut dalam perlawanan akhir di Basel.



"Meraih kemenangan adalah sesuatu yang menggembirakan, dan ia juga mampu memberikan keyakinan. Itu yang saya perlukan jika saya mahu beraksi dengan baik di London. 



"Bagi saya, ketika ini, ia cuma mengenai kemenangan di sini. Saya tidak peduli perkara lain. Apa yang saya maksudkan ialah penonton seluruh dunia ini kerana saya gembira dapat mencatat kemenangan di depan penyokong sendiri," kata legenda Switzerland itu.



Sementara itu, Copil yang menduduki ranking ke-93 dunia beraksi dalam perlawanan paling besar dalam kariernya selepas mara dari pusingan kelayakan.



Bagaimanapun, selepas menyingkirkan pilihan keenam, Marin Cilic dan bangkit untuk menumpaskan pilihan ketiga, Alexander Zverev di separuh akhir, akhirnya pemain Romania itu berdepan 'raja' di perlawanan akhir.



”Saya bermain dengan baik minggu ini. Saya berjaya meraih keyakinan diri dan sedar mampu untuk beraksi di peringkat lebih tinggi bersama pemain hebat.



"Saya suka untuk melihat apa keputusan yang bakal saya raih, tetapi inilah penamatnya,” kata Copil. - AFP

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >