REVIU TENIS WIMBLEDON

Federer pemain pertama menang 8 kali

LONDON: Roger Federer menjadi pemain pertama menjuarai kejohanan tenis Wimbledon sebanyak lapan kali, selepas menewaskan Marin Cilic dari Croatia dalam final pertandingan edisi tahun ini di sini kelmarin.

Bekas pemain nombor satu dunia itu, yang diletak sebagai pilihan ketiga, menggondol kejuaraan Grand Slamnya yang ke-19 dengan kemenangan penuh meyakinkan 6-3, 6-1, 6-4 ke atas seterunya, yang terus beraksi sekalipun tapak kakinya melecet teruk dalam set kedua pertarungan.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan