Subuh
5:56
Syuruk
7:17
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32

Ferguson sokong Giggs jadi pengurus tetap

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Ferguson sokong Giggs jadi pengurus tetap

Apr 27, 2014 | 06:00 AM

MANCHESTER (England): Bekas jurulatih legenda Alex Ferguson yakin bahawa Ryan Giggs harus mengambil alih jawatan pengurus Manchester United secara sepenuh masa menyusuli pemecatan David Moyes.

Satu laporan di laman web akhbar Daily Telegraph kelmarin memetik Ferguson, yang bersara pada Mei lalu, sebagai berkata ''saya berasa beliau sebenarnya orang yang layak dilantik''.

''Beliau mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di Manchester United. Saya mendapatkan tandatangannya ketika beliau masih budak berusia 13 tahun. Beliau telah mengalami pelbagai pengalaman dan perasaan di kelab ini, yang menggembirakan mahupun yang menyedihkan.

''Beliau tahu apa yang diperlukan untuk menjadi seorang pemain Manchester United,'' kata Ferguson.

Giggs, yang dilantik menjadi pengurus sementara sehingga akhir musim ini, telah diberitahu oleh pihak atasan United bahawa beliau tidak akan dilantik menjadi pengurus tetap.

Selepas melantik Moyes atas nasihat Ferguson, pemilik United, keluarga Glazer dari Amerika Syarikat, merancang melantik pengurus yang mempunyai rekod cemerlang, seperti jurulatih Belanda, Louis van Gaal atau jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti.

Namun, jika United mengubah pendirian dan melantik Giggs, 40 tahun, ia kejutan yang mungkin menggembirakan peminat kelab itu.

Ferguson telah pun menyuarakan sokongan dan berbangga dengan pencapaian Giggs, antara pemain terbaiknya daripada kumpulan 'Kelas '92' yang sebahagiannya - Phil Neville, Paul Scholes dan Nicky Butt - kini menjadi pembantu jurulatih beliau. - AFP.


“Beliau (Giggs) tahu apa yang diperlukan untuk menjadi seorang pemain Manchester United.”

– Bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3