Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FIA mahu jalankan 'analisis terperinci' perlumbaan kemenangan Verstappen di Abu Dhabi

f1 f1
Dec 17, 2021 | 05:30 AM



PARIS: Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) kelmarin berkata bahawa ia akan menjalankan "analisis terperinci" tentang kejadian yang membolehkan Max Verstappen memenangi Grand Prix Abu Dhabi dan sekali gus merangkul gelaran juara dunia Formula Satu (F1).

Pengarah perlumbaan F1, Michael Masi, yang juga merupakan seorang pegawai FIA, mencetuskan kekecohan angkara tindakan beliau menamatkan tempoh kereta keselamatan lewat dalam perlumbaan Ahad lalu dan memberikan kelebihan kepada Verstappen, yang telah berhenti untuk menukar tayar baru.

Protokol yang biasa diambil adalah untuk semua kereta F1 melepasi kereta keselamatan sebelum perlumbaan disambung semula.

Bagaimanapun dalam kes ini, hanya kereta yang berada antara Verstappen dan pendahulu perlumbaan Mercedes, Lewis Hamilton, telah dibenarkan untuk melepasi kereta keselamatan.

Verstappen kemudian mempunyai laluan yang jelas untuk memintas Hamilton, juara dunia tujuh kali, pada pusingan terakhir perlumbaan sengit itu.

Hamilton, pemandu paling berjaya dalam sukan itu, berkata menerusi radionya bahawa beliau merasakan perlumbaan itu telah "dimanipulasi".

Pasukan Mercedes masih mempertimbangkan membuat rayuan, sebelum Verstappen dijangka menerima trofi juara di Paris hari ini.

FIA berkata, berikutan cadangan presiden sukan itu, Jean Todt, "analisis terperinci dan penjelasan dengan semua pihak berkaitan akan dilaksanakan".

Ia menambah bahawa "perkara ini akan dibincangkan... dengan semua pasukan dan pemandu untuk mengambil pengajaran daripada situasi itu dan penjelasan diberikan kepada para peserta, media dan peminat tentang peraturan yang sedia ada untuk mengekalkan sifat kompetitif sukan tersebut".

Ia berkata bahawa kontroversi itu mencemarkan imej F1 dan sambutan gelaran Kejohanan Dunia Pemandu yang pertama bagi Verstappen.

Verstappen bakal menerima trofinya di majlis anugerah FIA yang diadakan hari ini.

FIA menyasarkan untuk mengumpul semua maklum balas sebelum permulaan musim depan. - AFP, Reuters

F1




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >