Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ISU ATLET TRANSJANTINA

Fifa, badan atletik dunia turut semak aturan bagi atlet transjantina

Jun 22, 2022 | 05:30 AM



MANCHESTER: Badan pentadbir bola sepak dunia, Fifa, dan Atletik Sedunia kelmarin berkata bahawa mereka sedang menyemak semula dasar kelayakan atlet transjantina selepas sukan renang meluluskan peraturan baru yang menyekat penyertaan transjantina dalam acara wanita.



Ahad lalu, badan pentadbir renang dunia, Fina, memutuskan untuk menyekat penyertaan atlet transjantina dalam pertandingan elit wanita dan membentuk sebuah kumpulan kerja untuk menubuhkan kategori 'terbuka' bagi golongan ini dalam beberapa acara sebagai sebahagian dasar barunya.



Dasar baru itu menyatakan bahawa perenang transjantina daripada lelaki-ke-wanita (transjantina wanita) hanya layak untuk bersaing dalam pertandingan wanita sekiranya "Fina berpuas hati bahawa mereka tidak mengalami mana-mana bahagian akil baligh lelaki melebihi Tahap 2 Tanner (akil baligh) atau sebelum usia 12 tahun, yang mana lebih terkemudian".



Seorang jurucakap bagi Fifa memberitahu Reuters bahawa ia sedang dalam proses rundingan mengenai dasar baru.



"Fifa kini sedang mengkaji semula peraturan kelayakan jantina dalam satu rundingan bersama pihak berkepentingan pakar," kata jurucakap itu.



"Disebabkan proses yang masih berterusan, Fifa tidak dapat mengulas secara lanjut mengenai cadangan pindaan pada peraturan yang sedia ada," tambah jurucakap itu.



Presiden Atletik Sedunia, Sebastian Coe, memberitahu BBC bahawa majlis pertubuhan itu akan membincangkan peraturan mereka pada hujung tahun ini.



Coe memuji Fina atas keputusan mereka, yang menerima kritikan penyokong hak transjantina.



"Kami melihat sebuah persekutuan antarabangsa yang menegaskan keutamaannya dalam menetapkan peraturan dan dasar demi kepentingan terbaik sukannya," katanya kepada BBC.



"Inilah yang sepatutnya berlaku. Kami sentiasa percaya bahawa biologi mengatasi jantina dan kami akan terus menyemak peraturan kami selaras dengannya. Kami akan ikut sains.



"Kami terus mengkaji, menyelidik dan menyumbang kepada bahan bukti yang semakin bertambah bahawa testosteron adalah penentu utama dalam prestasi, dan telah menjadualkan perbincangan mengenai peraturan kami dengan majlis kami pada akhir tahun ini."



Fifa berkata ia memperoleh panduan daripada pakar perubatan, undang-undang, saintifik, prestasi dan hak asasi manusia dan juga kedudukan Jawatankusasa Olimpik Antarabangsa (IOC).



"Sekiranya Fifa diminta mengesahkan kelayakan pemain sebelum peraturan baru dikuatkuasa, sebarang kes sedemikian akan diuruskan berdasarkan setiap kes, dengan mengambil kira komitmen jelas Fifa untuk menghormati hak asasi manuasia," tambah jurucakap itu. - Reuters.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >