Fifa batalkan sidang media secara mendadak

Ekoran prosiding jenayah terhadap Blatter di ibu pejabat Fifa

ZURICH: Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) telah membatalkan satu sidang media bersama Presiden Fifa Sepp Blatter secara mendadak kelmarin, menambahkan lagi spekulasi mengenai kegawatan yang dihadapi persatuan bola sepak antarabangsa itu.

Blatter dijadualkan membuat sidang media selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa eksekutif selama dua hari dan berada di tengah-tengah persoalan siasatan rasuah oleh pihak berkuasa Switzerland dan Amerika Syarikat yang membawa kepada beberapa siri penangkapan anggota Fifa yang lain.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan