Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA QATAR 2022

Fifa putuskan kejohanan kekal libat hanya 32 pasukan

May 24, 2019 | 05:30 AM



RANCANGAN untuk meluaskan Piala Dunia 2022 kepada 48 pasukan telah digugurkan oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).



Presiden Fifa Gianni Infantino tahun lalu berkata, format Piala Dunia yang diperluas daripada 32 pasukan itu boleh diperkenalkan lebih awal, di Piala Dunia 2022 di Qatar. Sebelum itu, ia dirancang diperkenalkan di Piala Dunia 2026.



Bagi Qatar, perubahan itu dijangka memaksanya berkongsi hak menganjurkan kejohanan bola sepak ulung itu dengan negara lain di rantau itu.



Namun, Fifa berkata perubahan yang diharapkan itu 'tidak boleh dilakukan pada masa ini' selepas ia melaluli 'proses rundingan menyeluruh dan rapi'.



Fifa juga berkata ia telah meneroka kesesuaian Qatar menganjurkan kejohanan 48 pasukan sebagai hos tunggal, tetapi telah memutuskan untuk tidak meneruskan rancangan itu kerana masa yang terhad untuk melakukan 'penilaian terperinci berkenaan kesan logistik'.



Dalam kenyataannya, penganjur Piala Dunia Qatar berkata:



"Qatar sentiasa terbuka kepada idea memperluas pertandingan pada 2022, jika cara menganjurkan yang sesuai ditemui dan semua pihak memutuskan bahawa edisi 48 pasukan memanfaatkan bola sepak dan Qatar sebagai negara tuan rumah."



"Dengan baki tiga setengah tahun sehingga Piala Dunia bermula, Qatar kekal komited untuk memastikan Piala Dunia Fifa 32 pasukan pada 2022 menjadi antara kejohanan terbaik yang pernah diadakan... dan berazam menjadikannya suatu acara yang boleh dibanggakan negara-negara Arab."



November lalu, Presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) Aleksander Ceferin berkata menambah 16 pasukan kepada Qatar 2022 mencipta 'banyak masalah' dan menyifatkan idea itu sebagai 'agak tidak realistik'.



Rancangan memperluas Piala Dunia berputik pada Januari 2017, apabila anggota Fifa sebulat suara memilih menyokong idea menganjurkan Piala Dunia 48 pasukan bagi edisi 2026, yang bakal diadakan di Amerika Syarikat, Canada dan Mexico.



Pada Oktober 2018, Infantino berkata "kami perlu meneroka sama ada peluasan ini boleh diperkenalkan lebih awal, pada 2022".



Infantino adalah penyokong kuat format Piala Dunia yang diperluas dan mahukan kejohanan itu menjadi 'lebih inklusif'.



"Kita berada dalam kurun ke-21 dan kita perlu membentuk Piala Dunia bagi kurun ke-21," kata beliau, semasa mengumumkan perubahan itu.



"Ini adalah masa hadapan. Bola sepak lebih daripada Eropah dan Amerika Selatan... bola sepak milik sejagat."



Peluasan yang dirancang bagi 2026 akan melibatkan peringkat awal 16 kumpulan, masing-masing dianggotai tiga pasukan.



Peringkat ini disusuli peringkat kalah mati bagi 32 pasukan.



Jumlah perlawanan yang bakal diadakan akan bertambah menjadi 80 daripada 64, tetapi juaranya hanya akan beraksi dalam tujuh perlawanan - sama dengan jumlah yang dimainkan si juara pada masa ini.



Piala Dunia yang diperluas itu dijadual berakhir dalam 32 hari - satu langkah untuk meredakan keprihatinan kelab-kelab gergasi di Eropah yang menolak perubahan yang menjadikan jadual permainan antarabangsa lebih padat. - Agensi




"Dengan baki tiga setengah tahun sehingga Piala Dunia bermula, Qatar kekal komited untuk memastikan Piala Dunia Fifa 32 pasukan pada 2022 menjadi antara kejohanan terbaik yang pernah diadakan... dan berazam menjadikannya suatu acara yang boleh dibanggakan negara-negara Arab."
- Kenyataan Penganjur Piala Dunia Qatar




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >