Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Fifa usul lima pemain gantian bila bola sepak beraksi semula

Apr 28, 2020 | 02:04 PM



LAUSANNE: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mencadangkan untuk membenarkan lima pemain gantian dalam setiap perlawanan apabila saingan kembali bersambung selepas ditangguhkan susulan pandemik Covid-19.



Keputusan ini dibuat bagi membantu pemain kekal cergas apabila dijangka berdepan dengan jadual perlawanan yang padat.



Jurucakap FIFA berkata, badan induk bola sepak dunia itu sudah pun menghantar cadangan berkenaan kepada Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) bagi mendapatkan kelulusan sebelum ia boleh dilaksanakan dalam semua saingan liga kebangsaan.

"Apabila saingan kembali bersambung, jadual perlawanan akan menjadi padat berbanding kebiasaan.



"Keselamatan pemain adalah salah satu keutamaan FIFA. Salah satu kebimbangan kami adalah risiko kecederaan yang bakal dihadapi pemain jika mengharungi perlawanan yang banyak," katanya.



FIFA sudah menghantar cadangan kepada IFAB untuk melonggarkan Undang-Undang 3 buat sementara waktu bagi membolehkan lebih ramai pemain gantian yang dibenarkan dalam satu perlawanan bagi mengatasi masalah berkenaan.



Menurut badan induk itu, setiap pasukan boleh membuat lima pertukaran pemain dalam tempoh sebenar perlawanan dan ditambah dengan penggantian untuk pemain keenam ketika masa tambahan.



IFAB perlu menilai cadangan itu secepat mungkin memandangkan ada liga yang dijangka bermula bulan depan selepas terpaksa ditangguhkan susulan pandemik COVID-19. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >