SEGALANYA sudah dalam perancangan.
Malah, pemandu muda berbakat, Daim Hishammudin, dijadualkan 'berpindah' ke sekolah berasrama Epsom College - yang lokasinya tidak jauh dari Litar Antarabangsa Sepang - sekitar September nanti bagi meneruskan pengajian kolej di samping memburu impian dalam sukan lumba kereta.