Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09

Litar Marina Bay kembali bercahaya, jaguh lumba mula tiba

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

FORMULA SATU (F1) GRAND PRIX SINGAPURA SINGAPORE AIRLINES

Litar Marina Bay kembali bercahaya, jaguh lumba mula tiba

Sep 29, 2022 | 05:30 AM

LITAR Jalanan Marina Bay yang sejak 2008 menjadi perlumbaan 'permata' bagi Formula Satu (F1) , kini kembali bercahaya.

Setelah dua tahun berehat akibat pandemik Covid-19, Grand Prix Singapura Singapore Airlines akan diadakan mulai esok.

Sekitar 1,600 lampu jalan raya khas yang memagari litar kini telah dihidupkan, bersedia untuk menarik mata dunia ke Kota Singa dengan Singapura membuat persiapan terakhir untuk mengaakan pesta terbesarnya sejak 2019.

Penganjur telah mengumumkan bahawa edisi tahun ini akan mengatasi jumlah 268,000 pengunjung yang hadir pada ketika itu.

Di luar litar, hampir 90,000 peserta, termask dari luar negara dijangka menghadiri beberapa mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran berskala besar, termasuk pegawai pemerintah, syarikat besar dan pemimpin industri.

Bintang-bintang perlumbaan F1 pula sudah mula tiba.

Pemandu McLaren, Lando Norris, merupakan antara pemandu pertama untuk mengumumkan ketibaannya. Pertama, beliau memuat naik gambar sebuah tingkap pesawat diikuti dengan gambar dirinya bersama beg pakaiannya di luar hotel pada Isnin lalu.

Kapsyennya menyatakan semuanya: tujuh bendera Singapura.

Esteban Ocon dari Alphine tiba pada hari selanjutnya, dan memuat naik ke media sosial gambar dirinya dalam pesawat diikuti dengan gambar Singapura.

Namun ada pemandu, seperti Carlos Sainz dari Ferrari dan pemandu Haas, Mick Schumacher tidak berlengah-lengah dan telah bersenam di gimnasium untuk bersiap berlumba di litar berukuran 5.063 yang dianggap antara paling sempit dan sukar dalam kalendar F1.

Di litar, kakitangan penganjur dan kru pasukan masing-masing sibuk membuat persiapan terakhir, menjelang perlumbaan yang dinanti-nantikan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3