Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA SATU: GRAND PRIX BELGIUM

Gara-gara hujan lebat... pecut kereta dengan selamat

Sep 01, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Formula Satu (F1) akan mengubah peraturan untuk mengelak insiden malang yang berkesudahan dengan Grand Prix Belgium diakhiri selepas dua pusingan.



Pemandu Red Bull Max Verstappen diisytihar sebagai pemenang perlumbaan yang baru berusia dua pusingan dan berlangsung dengan semua kereta meluncur di belakang kereta keselamatan gara-gara hujan lebat.



Hujan lebat pada hari tersebut bermakna perlumbaan secara kompetitif tidak dapat dimulakan pada waktu yang ditetapkan.



Namun, kenderaan di grid bergerak seperti dijadual, dengan kereta keselamatan memastikan semua pemandu bergerak pada kelajuan yang selamat.



Pemandu nombor satu dunia Lewis Hamilton berkata perkara itu adalah satu yang memalukan dan tidak seharusnya berlaku.



Malah, Hamilton mendakwa pemandu diminta memulakan perlumbaan semata-mata untuk merakamkan keputusan rasmi.



Dalam laporannya, BBC berkata keadaan itu harus ditangani dan semua ketua pasukan akan mengadakan perbincangan dengan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan F1.



Selain Hamilton, beberapa pemandu lain juga telah mengecam langkah meneruskan perlumbaan dalam keadaan hujan lebat.



Malah, pasukan Alfa Romeo berkata keputusan perlumbaan itu perlu dibatalkan.



"Keputusan untuk tidak meneruskan perlumbaan adalah yang sewajarnya diambil, demi melindungi keselamatan pemandu, marsyal dan penonton," kata Alfa Romeo dalam kenyataannya.



"Namun keadaan ini boleh dihadapi dengan lebih baik jika keputusan diambil supaya tidak memulakan langsung perlumbaan.



"Pengalaman tersebut melukakan kami... terutama penyokong yang tidak dapat menyaksikan acara yang diingini.



"Kami berharap semua yang terlibat belajar dari pengalaman ini dan kita boleh memperbaiki cara kita mengendalikan operasi supaya tidak menghampakan penyokong lagi," kata Alfa Romeo. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >