Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA SATU

Mercedes akan mula runding kontrak baru Hamilton

Nov 18, 2020 | 05:30 AM



ISTANBUL: Bos pasukan Mercedes, Toto Wolff, berkata beliau berharap memulakan perbincangan bersama Lewis Hamilton membabitkan kontrak baru dan dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh beberapa hari lagi.



Hamilton menjadi antara pelumba Formula Satu (F1) paling berjaya dalam sejarah sukan itu pada Ahad lalu apabila beliau meraih Kejuaraan Dunia buat kali ketujuh.



Kontraknya dijangka tamat tahun ini tetapi Hamilton memaklumkan bahawa beliau mahu kekal bersama Mercedes.



"Pencapaian pelumba yang muncul juara kejuaraan sebanyak tujuh kali itu masih lagi segar, jadi anda tidak boleh menimbulkan perbincangan mengenai kontrak.



"Ini tidak akan berlaku adil terhadap pencapaian itu," kata Wolff.



"Kami akan memberikannya masa beberapa hari ini sebelum kami mulakan perbincangan mengenai keadaan ini.



"Hubungan kami melebihi daripada urusan perniagaan, ia mengenai hubungan persahabatan, terutama membabitkan kepercayaan.



"Rundingan ini sesuatu yang kami tidak gemari ketika ia satu-satunya masa kita tidak berkongsi matlamat serupa.



"Kadang kala perjanjian terbaik akan berlaku apabila rundingan berakhir dengan kedua-dua pihak tidak berpuas hati dengan permintaan masing-masing."



Hamilton meraih kejuaraan keseluruhan F1 buat kali ketujuh selepas muncul juara di Grand Prix Turki, Ahad lalu.



Pelumba Mercedes itu menyamai rekod legenda F1, Michael Schumacher, walaupun masih berbaki tiga perlumbaan untuk ditamatkan musim ini.



Bekas pemandu F1, Mark Webber, seorang pesaing Hamilton, berkata pemandu Mercedes itu tidak dapat ditandingi dalam arena sukan itu.



"Ia merupakan satu kerjaya yang menakjubkan," ujar Webber.



"Beliau hampir berada pada penghujung kerjayanya, namun beliau masih muda, tangkas dan bermotimavasi serta masih mampu melakukan apa yang diperlukan.



"Beliau mempunyai kabinet trofi yang tidak dapat ditandingi sekarang dan beliau akan terus memecahkan rekod."



Pemandu asal Australia itu juga memuji hubungan yang lama antara Hamilton dengan pasukan Mercedes yang telah menguasai F1 sejak 2014.



"Semua pihak mahu bekerjasama dengan Lewis," kata Webber lagi.



"Pengekalan kakitangan di Mercedes amat menakjubkan kerana mereka semua ingin terbabit mahu mengecap kejayaan dan ia dapat dilihat dengan kemenangan yang mereka kerap capai." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >