Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Formula Satu: Mercedes nafi sabotaj Lewis Hamilton

Oct 04, 2016 | 09:37 AM



SEPANG: Cadangan bahawa Mercedes mengusik enjin kereta pemandu bintang mereka, Lewis Hamilton, ditolak sebagai tidak masuk akal oleh pengerusi bukan eksekutif pasukan Formula One itu, Niki Lauda.



Hamilton dinafikan kemenangan di Grand Prix Malaysia pada Ahad (2 Okt) oleh satu lagi kegagalan enjin dan pemandu Britain itu kemudian berkata "ada seseorang tidak mahu saya menang" serta menuntut jawapan daripada Mercedes.



Bagaimanapun, Hamilton menjelaskan kemudian bahawa beliau merujuk kepada "kuasa lebih tinggi" dan tidak menyalahkan pasukannya.



"Saya sangat kenal Lewis, dan dia tidak akan menuduh pasukannya," kata Lauda.



"Secara peribadi, saya berasa sangat bersalah. Saya bertanggungjawab bagi enjin dan pasukan, dan saya memohon maaf kepada beliau. Kami tidak tahu puncanya."



"Tetapi dia telah memenangi dua kejuaraan bersama kami. Bagaimana anda boleh mengatakan bahawa kami sabotaj? Ia sama sekali tidak masuk akal dan bodoh."



Kerosakan enjin yang memaksa Hamilton keluar daripada perlumbaan membolehkan pemandu Red Bull, Daniel Ricciardo, memenangi perlumbaan Sepang. Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi rakan sepasukan Ricciardo, Max Verstappen, dan Nico Rosberg, rakan sepasukan Hamilton.



Hamilton kini ketinggalan 23 mata di belakang Rosberg dalam perlumbaan kejuaraan pemandu.



Selain pasukannya sendiri, Mercedes membekalkan enjin kepada pasukan Williams, Force India dan Manor. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >