PARIS: Grand Prix Jerman di Hockenheim gugur daripada kalendar Formula Satu tahun depan (2017), dedah pemilik litar bersejarah itu pada Khamis (24 Nov).
Bos Hockenheim, George Seiler, memberitahu SID, anak syarikat AFP, dan media lain Jerman bahawa perbincangan dengan ketua F1, Bernie Ecclestone, telah gagal.
Akibatnya, menu F1 tahun depan terdiri daripada 20 perlumbaan, berbanding jumlah rekod 21 tahun ini (2016). - AFP