Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN OLIMPIK 2020

Freida Lim atlet pertama SG terjun cantik di Olimpik

Jul 23, 2021 | 05:30 AM



KEYAKINAN terpampang pada muka Freida Lim setiap kali dia memanjat 10 meter untuk membuat terjun cantik ke dalam kolam air di bawahnya.



Dan apabila beliau terjun memecah permukaan air, kecekapan atlet terjun cantik unggul Singapura itu lebih ketara.



Namun, Lim, 23 tahun, berkata beliau menceburi sukan itu bukan kerana cinta tetapi kerana "terpaksa". Beliau juga masih berasa gerun sejurus sebelum membuat loncatan, katanya.



"Ia bukan pilihan saya," kata beliau, dalam satu wawancara bersama The Straits Times baru-baru ini.



"Namun, ia adalah acara yang saya boleh lakukan dengan baik. Saya tiada pilihan lain."



Kenyataan itu mungkin diutarakan secara bersahaja dan separuh bergurau, terutama selepas Lim baru melengkapkan sesi latihan 90 minit di mana beliau berulang kali panjat tangga dan terjun ke kolam.



Lim juga akur beliau kerap bersikap bersahaja dan tidak bersifat terlalu serius.



Namun, pencapaian Lim dalam sukan ini telah mengukir namanya dalam sejarah sukan Singapura.



Apabila Lim membuat loncatan pertamanya dari platform 10 meter di Pusat Akuatik Tokyo pada 4 Ogos, beliau akan memahat namanya sebagai atlet pertama dari Singapura bertanding dalam sukan terjun cantik dalam Olimpik.



Dari sudut peribadi, sejarah Lim di kolam renang bermula semasa beliau menceburi perlumbaan renang semasa kanak-kanak. Namun, beliau mengalami penyakit Grave, masalah autoimun yang membuatnya kurang lasak dan kurang bertenaga.



Patah hati, beliau memutuskan 'bersara'. Namun, hasil dorangan ibunya Wendy Lim, kini naib presiden (terjun cantik) di Persatuan Renang Singapura (SSA), Lim mencuba sukan terjun cantik di kelab akuatik Aerotumblers.



Meskipun mengalami kesukaran pada awalnya, Lim mula bejrinak-jinak dengan sukan itu selepas menjalin hubungan dengan beberapa rakan sebayanya.



Pada 2016, Lim dianugerah biasiswa penuh untuk menuntut di Universiti Clemson di Amerika Syarikat bagi menjadi atlet terjun cantik pertama dari untuk bertanding dalam divisyen terunggul sistem Persatuan Atletik Kolej Nasional (NCAA).



Beliau terpaksa berpindah ke Universiti Georgia selepas Clemson menghentikan program terjun cantiknya, tetapi sekali lagi Lim bangkit daripada cabaran itu untuk mengakhiri kerjaya NCAA-nya dengan terpuji.



Mei lalu, beliau meraih ijazah berganda dalam jurusan sains kulinari, pemakanan dan dietetik.



Menjadi atlet unggul membuka banyak peluang baru bagi Lim, tetapi ia juga menyebabkan beliau menanggung beberapa kecederaan, seperti masalah siku, buku lali dan sendi longgar di bahu, pergelangan tangan dan sendi lain - senarai kecederaan panjang bagi seorang gadis muda berusia 23 tahun



Justeru, Lim bercadang beralih ke acara papan springboard selepas Tokyo, yang dijangka kurang memberi tekanan terhadap tubuhnya.



Di Tokyo, jurulatih beliau menetapkan sasaran separuh akhir, yang akan menjaminnya tempat ke-18 dan ke atas.



Namun, Lim berkata beliau tidak begitu memikirkan sangat tentang sasaran itu dan hanya ingin melakukan yang terbaik, sebagaimana beliau selalu lakukan.



"Saya mendapati saya akan beraksi lebih baik jika saya tidak mengenakan tekanan banyak ke atas diri saya sendiri," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >