Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Futsal amal SGX raih derma $178,000

Sep 14, 2019 | 04:35 PM



ACARA futsal amal Bursa Singapura (SGX), SGX Bull Charge Charity Futsal, pada Sabtu (14 September), telah menyatukan pemain bola legenda dan golongan artis tempatan di padang futsal di Pusat Sukan Kovan, untuk sama-sama memungut derma.



Acara tersebut, yang ditaja oleh Industrial and Commercial Bank of China (ICBC), berjaya memungut derma sebanyak $178,000.



Acara futsal amal itu, yang kini dalam edisinya yang keenam, menampilkan 36 pasukan, termasuk pasukan wanita dan pasukan yang terdiri daripada pegawai kewangan yang berpengaruh.



Pemain tetamu terdiri daripada bekas pemain bola Singapura yang dikenali ramai seperti Isa Halim, Malek Awab, Nazri Nasir dan Steven Tan, serta pelakon Randall Tan dan Alan Tern, dan penyampai berita Paul Sng.



Buat julung-julung kalinya, pertandingan untuk kanak-kanak turut diadakan, untuk para kanak-kanak yang menerima bantuan, serta anak pegawai SGX, dengan tujuan menanam semangat menderma dari usia muda.



Tahun ini, SGX Bull Charge mempunyai sasaran derma sebanyak $3 juta.



Dengan kerjasama Dana Masyarakat atau Community Chest, semua hasil pungutan derma akan disalurkan kepada organisasi penerima bantuan di bawah SGX Bull Charge 2019, antaranya badan perkhidmatan sosial Awwa, Persatuan Autisme Singapura (AAS), Perkhidmatan Masyarakat Fei Yue, dan Perkhidmatan Masyarakat HCSA.



Encik Chew Sutat, selaku pengerusi SGX Bull Charge berkata: "Kami mengucapkan terima kasih kepada penaja korporat kami atas sokongan dan komitmen mereka yang tidak putus-putus dalam menjayakan satu lagi acara futsal amal.



“Kami sangat gembira dengan kepelbagaian pasukan futsal (yang mengambil bahagian) pada (Sabtu)."



Acara futsal amal itu adalah acara amal kedua yang diadakan, setelah pertandingan golf amal yang diadakan pada Mei.



Acara larian amal tahunan, yang kini sudah memasuki edisi yang ke-16, yang juga acara besar-besaran yang bakal menutup tirai program tahunan SGX Bull Charge akan diadakan pada 8 November di Marina Bay.



Sejak 2004, SGX Bull Charge telah memungut derma lebih $32 juta untuk membantu kanak-kanak dan keluarga yang kurang bernasib baik, golongan mereka yang kurang upaya, serta golongan warga tua, supaya mereka dapat menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >