LIGA-S
Gandingan Indra, Alam Shah buat Tampines
Pengerusi Tampines Teo Hock Seng sasar kelayakan ke Piala AFC musim depan
Feb 13, 2015 | 10:52 AM
WALAU mereka tidak pernah menyarung jersi sama dalam Liga-S, gandingan Noh Alam Shah dan Indra Sahdan Daud pernah digeruni lawan di rantau ini.
Kededua pemain ini menjaringkan sekurang-kurangnya 66 gol dalam lebih 200 perlawanan antarabangsa. Mereka turut berkongsi tiga kejuaraan AFF.