Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Gandingan Kane, Son bantu Spurs kembali ke persada

epl
Dec 08, 2020 | 05:30 AM



LONDON: Harry Kane percaya bahawa beliau dan rakan sepasukannya, Son Heung-min kini berada pada tahap tertinggi kerjaya mereka setelah gol yang dijaringkan kedua-dua pemain membantu Tottenham Hotspurs mengatasi seteru utama, Arsenal 2-0 awal pagi semalam untuk kembali naik ke tangga teratas Liga Perdana England (EPL).



Son, 28 tahun, dan Kane, yang berusia setahun lebih muda, kini telah berganding untuk menjaringkan 31 gol liga, pasangan pemain kedua yang berjaya menjaringkan jumlah gol tertinggi di belakang bekas pemain Chelsea, Didier Drogba dan Frank Lampard yang telah menjaringkan 36 bersama.



Sebelas daripada gol gandingan itu dijaringkan pada musim ini dan Kane memberitahu Sky Sports:



"Kami berdua kini berada dalam usia di mana kami mungkin bermain pada tahap yang terbaik dari segi kefahaman antara kami berdua dan juga tentang sukan ini.



"Apabila saya memberikan hantaran bola kepadanya dan beliau berada di dalam kotak untuk menjaringkan gol, ia membuat perlawanan lebih muda bagi saya."



Pengurus pasukan, Jose Mourinho, menyifatkan kedua-dua mereka sebagai pemain handalan dunia dan sekali lagi menegaskan tentang kerja keras yang telah mereka letakkan.



Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang peluang pasukannya merangkul gelaran juara dan hanya memberitahu wartawan bahawa Spurs kini berada dalam kedudukan selesa.



"Kami mampu kalah di mana sahaja dalam saingan liga. Kami boleh bermain di padang lawan dan tewas, dan pasukan lain juga boleh menang di tempat kami," ujar Mourinho.



"Mungkin ada yang menjangkakan dalam tiga perlawanan liga terakhir kami (menentang Manchester City, Chelsea dan Arsenal) kami hanya akan meraih tiga atau empat mata ataupun enam dan kalah salah satu darinya.



"Kini kami berada di tangga teratas untuk seminggu lagi, dan ia amat seronok."



Bagi Arsenal, kekalahan tersebut menyaksikan mereka menduduki tangga ke-15, 11 mata di belakang Spurs.



Kekalahan tersebut juga mendedahkan kelemahan mereka di bahagian serangan setelah gagal mengatasi gawang lawan sekali lag.



Dalam perlawanan lain, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berasa teruja dan memberi gambaran bahawa "bulu romanya meremang" selepas penyokong kembali ke Anfield menyaksikan mereka mencatat kemenangan 4-0 ke atas Wolves.



The Reds tidak berpeluang beraksi di depan penyokong sejak mereka menamatkan kemarau 30 tahun untuk dinobatkan sebagai juara EPL pada Jun lalu.



Bagaimanapun, mereka berjaya mengubat kerinduan, mencatat kemenangan selesa selepas 2,000 penyokong dibenarkan hadir ke stadium dengan menyanyikan lagu keramat You'll Never Walk Alone.



"Permainan, suasana, ia sangat menarik membuatkan bulu roma saya meremang. Mereka bermula dengan menyanyikan lagu You'll Never Walk Alone. Saya tidak pernah menjangkakan dapat merasai sehebat ini.



"Ia bermula pada Februari dan kami ternanti-nanti untuk mendapatkan kehidupan normal kembali. Normal adalah lebih baik, saya tidak rasa kami kurang menghargainya, ia sangat menyentuh perasaan," kata Klopp. - AFP, agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >