Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gangguan teknikal: CEO DBS mohon maaf, janji lakukan lebih baik

Dec 04, 2021 | 05:30 AM



BANK DBS akan menjalankan semakan penuh terhadap prosesnya selepas mengalami gangguan digital terburuk dalam sedekad hingga menjejas pelanggan bank itu minggu lepas.



Ketua Pegawai Eksekutif DBS Bank, Encik Piyush Gupta, memohon maaf atas gangguan perkhidmatan itu semalam.



"Pelanggan mempunyai hak untuk mengharapkan lebih daripada kami dan saya turut kecewa," ujarnya di persidangan Reuters Next.



Pemegang akaun tidak dapat mengakses baki wang mereka atau membuat pembayaran apabila perkhidmatan perbankan digital tidak berfungsi selama sekurang-kurangnya dua hari minggu lepas.



Encik Gupta menyatakan sedang bank-bank semakin memanfaatkan digital dan teknologi maju, jangkaan pelanggan juga meningkat.



Beliau berkata, bank itu akan mengkaji semula prosesnya dan mencari cara untuk melakukan yang lebih baik.



DBS mula menghadapi masalah dengan pelayan kawalan aksesnya pada 23 November yang menghalang pelanggan mengakses perkhidmatan bank.



Masalah itu timbul semula pada pagi berikutnya.



DBS berkata, pada 25 November lalu, log masuk dan aktiviti transaksi telah kembali seperti biasa pagi itu, walaupun beberapa pelanggan masih menghadapi masalah.



Bank itu berkata gangguan tersebut bukan disebabkan oleh serangan siber dan menambah bahawa data pelanggan selamat.



Penguasa Kewangan Singapura (MAS) berkata minggu lalu, ia akan mempertimbangkan sama ada untuk mengambil "tindakan penyeliaan" berhubung gangguan itu.



"Ini adalah gangguan yang serius dan MAS menjangkakan DBS akan menjalankan siasatan menyeluruh untuk mengenal pasti punca dan melaksanakan langkah pemulihan yang diperlukan," kata penolong pengarah urusan (perbankan dan insurans) MAS, Encik Marcus Lim, waktu itu.



"MAS akan mempertimbangkan tindakan penyeliaan yang sesuai berikutan siasatan itu."



Di bawah peraturan MAS, institusi kewangan mesti memastikan bahawa tempoh gangguan untuk sistem kritikal yang menjejas perkhidmatan pelanggan tidak melebihi empat jam dalam mana-mana tempoh 12 bulan.



Gangguan minggu lalu bukanlah yang pertama dialami DBS.



Pada 2010, MAS mengambil tindakan penyeliaan apabila gangguan serupa menyebabkan semua perkhidmatan perbankan pengguna dan perniagaan terputus selama lebih enam jam.



Waktu itu, pelanggan tidak dapat mengeluarkan wang tunai daripada ATM atau membuat pembayaran di tempat jualan.




"Pelanggan mempunyai hak untuk mengharapkan lebih daripada kami dan saya turut kecewa."
– Ketua eksekutif DBS Bank, Encik Piyush Gupta memohon maaf atas gangguan digital terburuk dalam sedekad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >