SEJAK mula terlibat dalam acara balapan secara kompetitif pada usia 13 tahun, Nur Izlyn Zaini sedar bahawa debaran yang dirasakan semasa berlumba di atas trek membuatkannya berasa lebih 'hidup'.
Inilah yang mendorong semangat gadis berusia 19 tahun itu untuk terus berusaha dan bekerja keras sehingga dipilih sebagai salah seorang atlit balapan yang mewakili Singapura di temasya Sukan SEA yang berlangsung di tanah air dua tahun lalu.