RENANG dan kapal layar meraih 'pulangan' lumayan di majlis penyampaian habuan Program Anugerah Jutaan Dolar (MAP) Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) yang turut menyaksikan dua atlit sukan 'kerdil' - silat dan mendayung - diberi ganjaran sebagai mengiktiraf kejayaan mereka membawa pulang pingat emas daripada Sukan SEA Myanmar Disember lalu.
Pesilat negara, Nur Alfian Juma'en, dan pendayung, Saiyidah Aisyah Mohamed Rafa'ee, merupakan antara atlit negara yang menerima habuan masing-masing daripada tetamu terhormat, Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden SNOC, Encik Teo Chee Hean, di majlis yang berlangsung di Hotel Swissotel Merchant Court petang semalam.