Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EURO 2020: PUSINGAN KALAH MATI

Gergasi Eropah 'rebah' satu persatu

Perancis terkini yang disingkir, ikut Belanda dan Portugal 'pulang awal'
Jun 30, 2021 | 05:30 AM



BUCHAREST: Aksi pusingan kalah mati kejohanan Euro 2020 yang berlangsung sejauh ini menyajikan perlawanan yang tidak menghampakan.



Sebanyak 24 gol dijaringkan (sebelum perlawanan awal pagi tadi), termasuk 14 gol dari dua aksi perlawanan mendebarkan awal pagi semalam.



Sehari selepas menyaksikan juara bertahan Portugal disingkirkan oleh Belgium, nasib yang serupa juga menimpa Juara Dunia dan pasukan pilihan Perancis.



Pasukan kendalian Didier Deschamps kalah mengejut di tangan Switzerland menerusi sepakan penalti penentuan selepas perlawanan masih terikat 3-3 di akhir masa tambahan.



Penjaga gawang Switzerland, Yann Sommer muncul wira dalam aksi penalti penentuan yang mendebarkan itu apabila berjaya menyelamatkan sepakan Kylian Mbappe, untuk mencatat kemenangan 5-4.



Keputusan berkenaan sekali gus menyaksikan Switzerland mara ke suku akhir berdepan Sepanyol di St Petersburg pada tengah malam Jumaat ini.



Switzerland memulakan perlawanan dengan langkah kanan dan mendahului menerusi jaringan Haris Seferovic pada minit ke-15 namun mereka terlepas peluang untuk meluaskan jurang selepas Ricardo Rodriguez gagal menyempurnakan penalti pada minit ke-55.



Perancis segera bangkit dengan Karim Benzema menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit pada separuh masa kedua sebelum Paul Pogba memastikan mereka berada dalam kedudukan selesa menerusi jaringan jarak jauh pada minit ke-75.



Meskipun ketinggalan dengan dua gol, ia tidak mematahkan semangat Switzerland yang terus melakar serangan sebelum merapatkan jurang menerusi Seferovic yang menambah gol keduanya ketika perlawanan berbaki 10 minit.



Pemain gantian, Mario Gavranovic pula berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit terakhir sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan.



Kedua-dua pasukan gagal memperoleh jaringan pada masa tambahan dan Switzerland mencipta kemenangan sensasi menerusi penentuan penalti untuk menyingkirkan Perancis daripada persaingan.



Deschamps akur bahawa penyingkiran Perancis melalui penentuan penalti sangat memedihkan namun menegaskan beliau tidak menyalahkan Mbappe yang gagal menyempurnakan sepakan penting.



"Walaupun Kylian tidak menjaringkan gol (di Euro 2020), beliau banyak memainkan peranan penting dalam perlawanan sebelum ini...dan tidak ada siapa pun yang marah kepadanya.



"Ia sungguh pedih, terdapat banyak perkara yang menyebabkan kami tidak beraksi dengan baik dalam perlawanan ini dan jika kami terlalu memikirkan tentang kekalahan ini ia tidak akan membantu.



"Kejohanan Euro kali ini sangat sukar, ia bukan alasan dan sekarang juara Eropah (Portugal) sudah tersingkir, juara dunia juga turut tersingkir, ia menyakitkan tapi kita harus terima hakikat ini," katanya.



Diundi dalam kumpulan maut, Perancis, menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga teratas Kumpulan F mengatasi Jerman dan Portugal.



Dalam perlawanan lain, finalis Piala Dunia 2018, Croatia juga gagal melangkah ke pusingan seterusnya selepas kalah di tangan Sepanyol.



Jaringan masa tambahan Alvaro Morata dan Mikel Oyarzabal memberikan Sepanyol kemenangan 5-3 ke atas Croatia di Stadium Parken, Copenhagen untuk mara ke suku akhir Euro 2020.



Mengulas tentang kemenangan itu, kapten pasukan Sergio Busquets berkata:



"Saya gembira dengan kemenangan ini, ia pertarungan sukar tetapi kami berhak menang.



"Ketika perlawanan memasuki masa tambahan, kami dapat melihat perwatakan sebenar pasukan ini sekali lagi.



"Prestasi kami banyak meningkat dalam kejohanan ini dan ia ditunjukkan dalam beberapa perlawanan lalu." - AFP, Agensi berita




Pasukan 'favourite' yang KO sejauh ini



1. PERANCIS

2 PORTUGAL

3. BELANDA

4. CROATIA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >