LIGA PERDANA SINGAPURA
Geylang, Warrior mahu akhiri kemarau kemenangan
Masing-masing mahu dapatkan tiga mata demi perbaiki kedudukan dalam liga
Apr 05, 2019 | 05:30 AM
PERLAWANAN malam ini bakal menyaksikan saingan dua pasukan dalam kedudukan bahaya dalam Liga Perdana Singapura (SPL).
Geylang International dan Warriors kededuanya gagal menonjolkan prestasi baik dalam perlawanan sebelumnya, mengalami kekalahan demi kekalahan.