Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BADMINTON

Ghairah keluar negara bertanding lepas lebih 10 bulan

Jan 06, 2021 | 05:30 AM



PERASAAN ghairah berbaur pelik dirasakan pemain badminton Singapura ketika mereka menjejakkan kaki di dewan keberangkatan Lapangan Terbang Changi yang sunyi sepi kelmarin, pertama kali dalam lebih 10 bulan.



Meskipun mereka memang menanti-nantikan tarikh terbang ke Bangkok bagi Terbuka Thailand Yonex pada 12 hingga 17 Januari dan Terbuka Thailand Toyota pada 19 hingga 24 Januari - pertandingan pertama mereka setelah musim yang dilanda Covid-19 tahun lalu - ada juga rasa bimbang mengenai masa-masa mendatang yang tidak menentu, lapor The Straits Times.



Bahkan sebelum ibu kota Thailand menyambut ketibaan para pemain terbaik sukan ini, kejohanan itu dihimpit oleh pengunduran pemain, dengan pasukan Jepun menarik diri menyusuli pemain nombor satu dunia Kento Momota diuji positif bagi koronavirus Ahad lalu.



Kontinjen China, yang merangkumi juara Sukan Olimpik Chen Long dan pemain wanita nombor dua dunia Chen Yufei, tidak akan ke Bangkok akibat peraturan virus China.



Pengarah kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia Wong Choong Hann diuji positif bagi Covid-19 dan kini mengasingkan diri, tetapi pemain badminton Malaysia akan bersaing dalam dua acara.



Pemain badminton negara dan pemain nombor 26 dunia, Yeo Jia Min, berkata: "Saya rasa sangat ghairah (untuk bersaing sekali lagi). Pada masa yang sama perlu berhati-hati dalam banyak perkara.



"Sebelum beberapa hari lalu, saya tidak begitu bimbang untuk ke Bangkok tetapi selepas mendengar atlet dijangkiti (Covid-19), saya akan berhati-hati semasa di sana."



Pemain berusia 21 tahun itu antara kontinjen Singapura seramai lima orang, yang merangkumi pemain perseorangan lelaki Loh Kean Yew, pasangan beregu wanita Crystal Wong dan Jin Yujia, dan jurulatih perseorangan nasional Kelvin Ho.



Sejurus tiba di Bangkok, mereka perlu menjalani kuarantin 14 hari dan akan dibenarkan berlatih pada slot masa tertentu jika mereka diuji negatif bagi Covid-19.



Semasa kejohanan, mereka merancang tidak keluar dari hotel, Novotel Bangkok Impact, kecuali ke tempat kejohanan di Impact Arena, yang jaraknya lima minit dengan memandu.



Kededua kejohanan akan diadakan tanpa penonton.



Jin, 23 tahun, dan Wong, 21 tahun, akan berdepan Laksika Kanlaha dan Atitaya Povanon dari Thailand dalam Terbuka Thailand Yonex, sebelum menentang pemain Denmark Alexandra Boje dan Mette Poulsen di kejohanan seterusnya.



Yeo akan berentap dengan pemain nombor lima dunia Ratchanok Intanon dalam perlawanan pertamanya minggu depan.



Rakan sepasukan dan pemain nombor 38 dunia, Loh, 23 tahun, juga akan bersaing dalam perlawanan pertama yang sukar menentang pemain nombor tujuh dunia dari Indonesia, Jonatan Christie.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >