Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA NEGARA-NEGARA AFRIKA

Ghana diaibkan Comoros, tersingkir dari kejohanan

Jan 20, 2022 | 05:30 AM



GAROUA (Cameroon): Ghana dimalukan setelah tewas di tangan pasukan 'kerdil', Comoros, sekali gus tersingkir daripada Piala Negara-Negara Afrika (Afcon).



El Fardou Ben Nabouhane meletakkan Comoros, sebuah pulau kecil di Lautan India, berhampiran Mozambique, di hadapan dalam babak-babak awal perlawanan sebelum penyerang Ghana, Andre Ayew, dilayangkan kad merah.



Ahmed Mogni kemudian menggandakan kelebihan Comoros, namun Ghana berjaya merapatkan jurang sebelum akhirnya menjadikan kedudukan 2-2.



Namun, pada minit ke-85, Mogni menghancurkan harapan Ghana untuk mencatatkan comeback bersejarah apabila beliau menjaringkan gol kemenangan Comoros, sekali gus menyingkirkan Ghana daripada peringat kumpulan buat pertama kali sejak 2006.



Keputusan Kumpulan C itu adalah antara kejutan besar dalam sejarah Afcon, ia juga merupakan kali pertama Comoros menjaringkan gol dalam pertandingan tersebut dan kali pertama ia mencatatkan kemenangan.



Lebih menakjubkan, pasukan yang menduduki tangga ke-132 dalam ranking dunia itu kini mempunyai peluang layak ke pusingan kalah mati, sebagai salah satu daripada empat pasukan terbaik yang menduduki tangga ketiga dalam kumpulan masing-masing.



Comoros, yang mempunyai kurang daripada 1 juta penduduk dan sepanjang sejarah negara itu dibelenggu kemelut politik, terdiri daripada gabungan pemain yang beraksi di liga bawahan di Perancis.



Justeru, kejayaannya mengalahkan Ghana, yang dianggap sebagai gergasi bola sepak Afrika, merupakan pencapaian penting negara tersebut.



Ghana pula telah menunjukkan persembahan hambar sepanjang pertandingan setelah tewas 0-1 di tangan Maghribi sebelum seri 1-1 dengan Gabon. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >