Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Ghana langkah ke final, tapi separuh akhir dicemari keganasan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

PIALA NEGARA-NEGARA AFRIKA

Ghana langkah ke final, tapi separuh akhir dicemari keganasan

Feb 06, 2015 | 04:43 PM

MALABO: Ghana melangkah ke final Piala Negara-Negara Afrika selepas menewaskan tuan rumah Equitorial Guinea 3-0 dini hari Jumaat, dalam separuh akhir yang dikeruhi keganasan penonton yang memaksa permainan ditunda 30 minit.

Dengan jaringan kekal 3-0 pada minit ke-82, sekumpulan penyokong Ghana berhimpun di belakang gawang pasukan demi mencari perlindungan dari barangan yang dilontarkan ke arah mereka dari kawasan penyokong tuan rumah.

Namun hujan batu dan botol berterusan, memaksa pengadil menghentikan permainan, sementara polis perusuh memasuki padang dalam percubaan mengawal keadaan. Malah, sebuah helikopter dikerah berligar-ligar di udara stadium.

Selang setengah jam, perlawanan diteruskan selama tiga minit dalam stadium yang kini hampir kosong dan wisel penamat disambut dengan girang oleh pemain Ghana.

Ghana, yang menjaringkan gol menerusi Jordan Ayew (penalti), Mubarak Wakaso dan Andre Ayew, bertemu Ivory Coast dalam final lusa ini. - AFP, REUTERS

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3