Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA 2014

Giliran England dan Honduras 'keluar baris'

Jun 21, 2014 | 12:40 PM



HONDURAS tewas di tangan Ecuardo1-2. Switzerland pula dibelasah Perancis 2-5. Italy tewas di tangan Costa Rica.


Kemenangan Costa Rica bermakna England terkandas untuk melangkah ke pusingan ke-2. Begitu juga Honduras.


Bagi kapten England, Steven Gerrard, impiannya untuk menamatkan kerjaya bola sepaknya dengan saat manis bersama kelab dan negara bertukar menjadi mimpi buruk.


Dalam masa hanya 55 hari sahaja, cita-citanya untuk memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris bersama Liverpool musim ini tidak kesampaian.


Kali ini, angan-angan yang ditanam untuk menjulang Piala Dunia pula terkubur.


Harapan tipis England untuk masuk ke pusingan kalah mati punah selepas Costa Rica menewaskan Italy 1-0 dalam perlawanan yang berakhir sekitar 2 pagi tadi waktu Singapura. 


Gol Costa Rica dijaringkan oleh Bryan Ruiz pada minit ke-44.


Kemenangan ini membolehkan Costa Rica melangkah ke pusingan kedua.


Sebelum itu, England tewas dua kali berturut-turut, tewas 1-2 di tangan Uruguay dan mencatat keputusan serupa semasa bertemu Italy.


Honduras juga merupakan diantara pasukan terawal tersingkir dari kejohanan Piala Dunia.


Ini setelah Ecuador menewaskan Honduras 2-1 menerusi gol Enner Valencia pada minit ke-34 dan ke-65 dalam perlawanan Piala Dunia Kumpulan E di Arena Baixada, Curitiba, Brazil yang berakhir awal pagi tadi.


Honduras bermula dengan agak baik, mendahului pada minit ke-31 menerusi gol Carlo Costly.


Semasa pertembungan dengan Perancis pada 16 Jun lalu, ia tewas 0-3.


Sementara itu, Perancis menunjukkan semangat membara apabila ia membelasah Switzerland 5-2 pagi tadi. 


Gol-gol pasukan yang menjuarai Piala Dunia 1998 itu dijaringkan oleh Olivier Giroud (minit ke-17); Mathieu Valbuena (minit ke-40); Blaise Matuidi (minit ke-18); Karim Benzema (minit ke-67); dan Moussa Sissoko (minit ke-73).


Gol-Gol Switzerland pula dijaringkan oleh Blerim Džemaili pada minit ke-81 dan Granit Xhaka pada minit ke-87.


 


 


Ikuti sedutan perlawanan berikut:


Costa Rica lawan Italy (1-0)


Ecuador lawan Honduras (2-1)


Switzerland lawan Perancis (2-5)


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >