Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Giliran Ferdinand pula gesa Ole undur diri

Bekas legenda pertahanan MU gesa pengurus pasukan 'bangga' dengan pencapaian sejauh ini tetapi tiba masa bagi penggantinya untuk bawa kelab ke tahap lebih tinggi
Nov 11, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Seorang lagi legenda Manchester United telah memberi gambaran mungkin tiba masanya bagi pengurus kelab tersohor dunia itu, Ole Gunnar Solskjaer, meninggalkan kelab tersebut.



Kali ini, bekas pemain pertahanan United, Rio Ferdinand, berkata mungkin tiba masanya untuk Solskjaer menyerahkan teraju kelab itu kepada jurulatih lain, dan beliau boleh melakukannya tanpa merasakan dirinya telah gagal.



"Tujuan asal Ole dibawa masuk ialah untuk menstabilkan keadaan, memastikan United kembali fokus sebagai sebuah kelab, dan saya rasa beliau telah melakukannya, dan boleh berbangga dengan sumbangannya itu," tegas Ferdinand, yang mewakili Manchester United lebih 300 kali dan pasukan negaranya England 80 kali.



Solskjaer kini tertekan menyusuli kekalahan 2-0 di tangan Manchester City - kekalahan kedua berturut-turut di Old Trafford - setelah dimalukan 5-0 oleh Liverpool dalam perlawanan sebelum itu.



Secara keseluruhan pula, United hanya memungut empat mata daripada enam perlawanan liga yang lalu, dan kini di tangga ke-enam - sembilan mata di belakang pendahulu Liga Perdana England (EPL), Chelsea.



Bercakap di saluran YouTube, Vibe with Five, Ferdinand menekankan:



"Ole boleh melihat kembali sumbangannya kepada United sejak beliau mengambil alih sebagai sesuatu yang positif."



Dengan kebanyakan pemain United kini berada bersama skuad negara masing-masing, Solskjaer telah kembali ke Norway untuk berehat selama beberapa hari, dan telah memberi pemain yang tidak dipanggil mewakili negara tempoh bercuti.



Meskipun, pihak pengurusan United tampak akan kekal dengan khidmat pengurus mereka itu, Ferdinand berkata beliau dan ramai penyokong United merasakan sesuatu harus berubah kerana mereka "bingung" apabila melihat persembahan pasukan Ole itu.



"Saya melihat pasukan saya setiap minggu, apa yang mereka lakukan dari segi taktik. Saya bingung," kata Ferdinand, 43 tahun, yang telah memenangi enam kejuaraan liga sepanjang 12 tahun di United.



"Saya tidak melihat falsafah permainan atau identiti dalam cara United bermain, dan ini harus datang daripada pengurus dan pasukan jurulatih. Saya duduk di sini dan saya bingung melihat pasukan kami.



"Namun, jika anda fikirkan, dengan pemain yang United bawa masuk musim ini, saya dan para penyokong lain ghairah dan penuh harap kerana potensinya luas. Tapi ia tidak menjadi," ujarnya.



Ferdinand bagaimanapun menekankan, tempoh kepimpinan Solskjaer bukanlah satu tempoh kegagalan sekiranya pengurus itu meninggalkan United.



"Setelah mencuba beberapa individu, tokoh bola sepak hebat, namun apa yang kami perlukan begitu jelas. Iaitu United perlu kembali kepada asas, dan Ole telah melakukannya. Beliau telah membina asas yang kukuh semula. Itu sumbangan besar beliau," ujarnya.



Bagaimanapun, Ferdinand menambah, sejujurnya beliau tidak pernah "yakin 100 peratus" dengan keupayaan Solskjaer untuk mengembalikan zaman kegemilangan kelab bergelar The Red Devils itu.



"Di lubuk hati saya, saya tidak yakin. Bolehkah beliau menjadikan kami juara semula? Saya tidak yakin sepenuhnya tapi saya benar-benar mengharapkan beliau dapat melakukannya.



"Tapi setelah 11 perlawanan musim ini, dan dengan skuad yang beliau miliki, saya rasa kami jauh daripada apa yang seharusnya menjadi standard Manchester United. Jadi saya rasa tiba masanya Ole menyerahkan teraju pasukan kepada jurulatih lain yang boleh membawa United ke tahap seterusnya," kata Ferdinand lagi. - Agensi berita.




MAN UNITED HAMBAR MUSIM INI



"Saya melihat pasukan saya setiap minggu, apa yang mereka lakukan dari segi taktik. Saya bingung. Saya tidak melihat falsafah permainan atau identiti dalam cara United bermain, dan ini harus datang daripada pengurus dan pasukan jurulatih. Saya duduk di sini dan saya bingung melihat pasukan kami. Namun, jika anda fikirkan, dengan pemain yang United bawa masuk musim ini, saya dan para penyokong lain ghairah dan penuh harap kerana potensinya luas. Tapi ia tidak menjadi."
- Bekas pemain United yang kini bertugas sebagai pengulas bola sepak, Rio Ferdinand.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >