Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Glazers, Woodward: Van Gaal 'selamat'

Jan 4, 2016 | 10:13 AM
Louis van Gaal. Gambar AFP
Louis van Gaal. Gambar AFP -

LONDON: Louis van Gaal telah diberi jaminan bahawa Manchester United tidak mempunyai sebarang rancangan menukar pengurus dan ia berniat berpegang pada strategi jangka panjang mengekalkan beliau hingga Ryan Giggs bersedia mengambil alih.

Pengurus United itu diberi komitmen tersebut oleh Ed Woodward dan keluarga Glazer seminggu sebelum beliau merekayasa nasib pasukannya, yang membawa kemenangan 2-1 ke atas Swansea - yang pertama dalam sembilan perlawanan - Sabtu lalu (2 Jan).

Walaupun pengurus Chelsea yang dipecat, Jose Mourinho, sedia ada, ternyata Woodward, naib pengerusi eksekutif United, dan keluarga Glazer, pemiliknya, berazam kekal bersama van Gaal dan Giggs.

Adalah dipercayai mereka hanya akan menukar haluan jika United terus merosot.

Sekalipun ada urutan kekecewaan, termasuk kekalahan berturut-turut kepada Bournemouth, Norwich dan Stoke, van Gaal diberitahu oleh bosnya bahawa mereka menghargai pengurusannya.

Woodward dan Glazer percaya van Gaal sedang meletak satu struktur kukuh yang boleh diikuti selepas beliau meninggal kelab itu.

Kepercayaan mereka pada van Gaal salah satu sebab United membiarkan Manchester City berusaha memikat Pep Guardiola, yang bersedia berhijrah ke Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menamatkan musim ini dengan Bayern Munich. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg