Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

OLIMPIK 2020

'Go Shanti Go' kini di tahap yang lebih baik

Jul 24, 2021 | 05:30 AM



WANITA terpantas di Singapura pada jarak 200 meter juga secara kebetulan agak pantas untuk memasang tatu baru di badannya.



Veronica Shanti Pereira memasang tatu pertamanya pada Julai tahun lalu dan dalam tempoh setahun, beliau mendapat lima lagi.



Tatu yang pertama adalah petir di Achilles kirinya, yang melambangkan hubungan beliau dengan balapan dan padang. Tatu yang kelima, di bahagian kiri torsonya, juga membawa maksud yang mendalam.



Ia menampilkan empat simbol - tiga segi yang diterbalikkan, angka Roman VII, tiga segi, VIII - dan ia menandakan: Tujuh kali jatuh, lapan kali bangun.



"Saya memasang tatu ini kerana saya rasa ia menggambarkan apa yang ramai orang lalui dalam hidup, bukan sahaja saya dalam sukan," kata Pereira kepada The Straits Times dalam satu wawancara baru-baru ini.



Sedang atlet berusia 24 tahun itu bersiap sedia membawa kasut lariannya ke Sukan Olimpik, tatu itu juga menjadi peringatan mengenai daya tahan yang beliau paparkan selama bertahan-tahun ini untuk kekal di landasan yang tetap bagi merebut peluang tersebut.



Pereira memegang rekod nasional dalam lari pecut 100 meter (11.58 saat) dan 200 meter wanita (23.60 saat), dan akan bersaing dalam acara 200 meter di Tokyo.



Ia adalah penantian lama untuk peluang bersaing di pentas terbesar sukan bagi pelari pecut itu, yang mula dikenali pada 2013, sebulan sebelum menyambut ulang tahun ke-17nya, beliau menjadi wanita pertama Singapura berlari 100 meter di bawah 12 saat.



Sejak itu, beliau menikmati detik kejayaan - menang pingat emas yang bersejarah dalam 200 meter di Sukan SEA 2015 di gelangang sendiri - dan juga mengalami detik sukar, seperti tangisan daripada kegagalan mempertahankan tahkta beliau di Kuala Lumpur pada 2017, sebelum melalui musim yang dihimpit kecederaan setahun kemudian.



Mengimbas kembali perjalanan beliau ke Tokyo, Pereira berkata: "Saya tidak akan berbohong, ia adalah satu perjalanan sukar dan ia ada pasang surutnya.



"Sebahagian daripada detik sukar boleh diperjelas - seperti kecederaan - tetapi perkara lain anda benar-benar tidak boleh...Anda benar-benar tidak tahu apa yang berlaku bila-bila masa.



"Sebahagian besar saya yang dapat mengawalnya, dan menerimanya dan memahaminya, dan menikmati proses itu tidak kira apa."



Seperti yang dicadangkan tatu di torsonya, bagaimanapun, Pereira tidak akan lama berada di bawah dan beliau kini sedang bangkit.



Setelah mencatat semula rekod 100 meternya pada 2019, beliau kemudian adalah penulis bersama sebuah buku kanan-kanak bertajuk, 'Go Shanti Go', setahun kemudian untuk memperingati kejayaan Sukan SEA beliau.



Beliau percaya beliau kini di "tahap yang lebih baik" dan berharap untuk terus dalam landasan yang positif di Tokyo.



Sukan Olimpik adalah peluang baik untuk melakukan sedemikian, memandangkan tahap pertandingan di sana, kata Pereira.



Apabila ditanya sekiranya beliau rasa beliau masih lagi boleh beraksi di balapan selepas lapan tahun bersaing di tahap tinggi, beliau kekal optimistik.



"Ya, saya masih boleh," katanya, "Saya rasa saya ada banyak lagi dalam diri saya, dan saya fikir jurulatih saya dan saya masih ada banyak perkara yang kami mahu lakukan untuk membawa saya sejauh yang saya boleh."



Persaingan di Tokyo yang membanggakan akan menjadi satu langkah ke depan dalam perjalanan sukan Pereira yang berliku. Bahkan, ia mungkin menjadi inspirasi bagi satu lagi tatu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >