LONDON: Pengurus Chelsea, Jose Mourinho, mengalu-alukan "semangat juang istimewa" pasukan pimpinannya selepas gol minit-minit terakhir jaringan Demba Ba meletakkan kelab Stamford Bridge itu di pusingan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah dinihari semalam.
Dengan Paris Saint-Germain (PSG) tiba ke Stamford Bridge berbekal kelebihan 3-1 daripada pertemuan pertama, Chelsea berada di ambang kecundang walaupun selepas membuka tirai jaringan melalui Andre Schuerrle.