EURO 2016
Gol bersejarah Sadiku untuk Albania
Jun 21, 2016 | 05:30 AM
LILLE (Perancis): Pemain penyerang, Armando Sadiku, mengukir sejarah manis bagi negaranya, Albania, selepas gol jaringannya menjamin kemenangan 1-0 ke atas Romania di Euro 2016 ini kelmarin.
Kemenangan itu adalah yang pertama bagi negara di Balkan itu di sebuah kejohanan bola sepak utama.