Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Gol Griezmann bagi Perancis elak kekalahan memalukan kelayakan Piala Dunia

Sep 03, 2021 | 05:30 AM



PARIS: Antoine Griezmann menjaringkan gol penyamaan bagi Perancis untuk mengelak kekalahan memalukan kepada Bosnia-Herzegovina dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia semalam.



Edin Dzeko, bekas pemain Manchester City yang kini menyarung jersi Inter Milan, telah membuka tirai jaringan bagi Bosnia apabila rembatannya dari luar petak penalti menemui sasaran.



Namun Griezmann, yang berpindah dari Barcelona ke Atletico Madrid kurang 24 jam sebelum perlawanan itu, menjaringkan gol penyamaan hasil percubaan yang 'bertuah'.



Percubaannya itu terkena pemain lain sebelum melepasi garisan gawang, dan pengadil terpaksa mendapat pengesahan menerusi sistem video penolong pengadil (VAR) sebelum memberikan gol.



Hasrat Perancis untuk memburu penyamaan menjadi lebih sukar sejurus selepas waktu rehat apabila Jules Kounde dilayang kad merah.



Kounde, yang menyarung jersi Sevilla dalam La Liga Sepanyol, dilayangkan kad kuning selepas membuat cabaran bahaya terhadap Sead Kolasinac.



Namun pengadil mengubah kad kuning itu kepada kad merah selepas menyaksikan ulang tayang VAR.



"Tentu sekali tugas kami menjadi lebih sukar apabila kami beraksi dengan 10 pemain. Kami berjaya mencipta beberapa peluang gol, tetapi akhirnya, keputusan ini tetap mengecewakan kami," kata jurulatih Perancis Didier Deschamps.



Keputusan itu bermakna Perancis kini mempunyai lapan mata daripada empat perlawanan, lebih empat mata berbanding Ukraine di tangga kedua di Kumpulan D.



Ukraine juga seri dalam perlawanannya semalam. Ia diikat 2-2 oleh Kazakhstan dan bertemu Perancis dalam perlawanan seterusya.



Dalam pada itu, Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol dalam masa kecederaan untuk membantu Portugal merampas kemenangan daripada Ireland.



Ireland kelihatan akan mencatat kemenangan bersejarah selepas gol yang ditanduk masuk oleh John Egan dalam masa kecederaan separuh masa pertama terus memisahkan kededua pasukan sehingga ke penghujung perlawanan.



Namun pertunjukan Ronaldo bermula pada minit ke-89.



Beliau menjaringkan gol pertama pada saat-saat terakhir perlawanan sebelum menjaringkan gol kedua dan gol kemenangan bagi Portugal pada minit ke-96.



Kekalahan itu bermakna Ireland masih tiada mata selepas tiga perlawanan dan meringkuk di tangga corot Kumpulan A.



Dua gol yang dijaringkan oleh Ronaldo itu menebus kekecewaan beliau dalam perlawanan yang menghampakan.



Ronaldo, yang baru sahaja berpindah ke Manchester United, bukan sahaja gagal merintis sebarang peluang gol ketara, malah gagal menyempurnakan penalti pada separuh masa pertama.



Tendangannya yang lemah berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang Ireland Gavin Bazunu.



Namun, Ronaldo tidak berputus asa dan dua gol yang dijaringkannya itu bermakna beliau telah menjaringkan 111 gol antarabangsa, sekali gus memecah rekod pemain Iran sebagai penjaring gol antarabangsa paling unggul. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >