Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Gol Ikhsan Fandi selamatkan pasukan di Norway

Dec 16, 2020 | 05:30 AM



SELAMA tujuh minggu, penyerang nombor satu Singapura Ikhsan Fandi tidak direzekikan kemenangan di Norway.



Dengan hati yang remuk, beliau terpaksa menyaksikan prestasi pasukannya FK Jerv menjunam ke bawah. Pasukan tersebut hanya mencatatkan satu kemenangan daripada lapan perlawanan.



Ikhsan, 21 tahun, yang juga satu-satunya pemain Singapura yang kini beraksi di Eropah, semakin tertekan sehingga bertindak membotakkan kepala.



Namun, jaguh itu kembali bersemangat menguasai padang Ahad lalu. Pada separuh masa kedua apabila menentang pasukan Stjordals-Blink, beliau menjaringkan gol yang mungkin terpenting dalam kerjayanya pada minit ke-90.



Ekoran jaringan cemerlang tersebut, keputuasan seri 1-1 dicapai. Keputusan itu juga bermakna kelab Ikhsan berjaya mengelakkan perlawanan turun ke divisyen lebih rendah melawan pasukan tahap ketiga Asker.



Akhirnya, FK Jerv menamatkan musim dengan meraih tempat ke-11 daripada 16 tempat berbekalkan 35 mata yang diperolehi hasil bertarung dalam 30 perlawanan.



Pasukan Stjordals meraih tempat ke-14.



"Gol ini merupakan jaringan ke-20 saya sepanjang kerjaya saya dalam kelab bola sepak malah gol terpenting setakat ini.



"Selepas wisel penamat ditiup, kami menjadi begitu beremosi dan saya melaung sekuat hati.



"Selepas saya menyertai kelab ini, kami mencatatkan kejayaan bahkan kita mula berdepan dengan pasukan handal.



"Selepas itu, keputusan kami kurang baik dan gol berkurangan. Kami mula mengalami masalah kecederaan. Saya juga menghadapi masalah lutut.



"Keadaan memang sukar. Saya gunting rambut juga sebab saya tidak menjaringkan gol dan mahu mencari permulaan baharu," ujar Ikhsan.



Gol berkenaan merupakan gol kelima Ikhsan buat pasukan FK Jerv.



Sebelum ini, beliau menjaringkan empat gol dalam tiga perlawanan.



Beliau berpindah dari pasukan Raufoss IL pada 5 Oktober lalu.



Gol penting itu juga gol liga Eropahnya yang ke-11 sekali gus menyamai jaringan yang dibuat ayahnya Fandi Ahmad. Legenda bola sepak Singapura itu beraksi dengan pasukan Belanda FC Groningen dari 1983 hingga 1985.



Dalam musim sulung Ikhsan di Eropah, beliau berjaya menyumbatkan lima gol buat Raufoss dalam tempoh 1,154 minit menerusi 26 perlawanan.



Beliau seterusnya memperbaiki prestasi dengan menyumbat lima gol buat Jerv dalam tempoh 809 minit menerusi 14 perlawanan.



Raufoss meraih tempat keenam dan layak bertanding dalam perlawanan playoffs untuk dinaikkan.



Ikhsan berkata beliau mengharapkan yang terbaik buat mereka.



"Saya dan pasukan gembira kerana kami gigih berusaha mendapatkan kedudukan ini. Saya bersahabat dengan pemain pertahanan Emil Breivik dan mahu mereka berjaya," ujarnya.



Kini, musim bola sepak di Eropah direhatkan sempena musim sejuk.



Justeru Ikhsan akan pulang ke Singapura dan menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari.



Setelah itu, beliau mahu meluangkan masa bersama keluarga sebelum pulang ke Jerv bulan depan.



"Kejayaan kami mengelakkan daripada diturunkan menghapuskan beban di bahu saya.



"Kini saya hanya mahu meluangkan masa bersama keluarga dan berehat sebelum tampil semula musim selanjutnya," ujarnya.



Diminta mengulas, jurulatih Jerv Arne Sandsto ghairah hendak menjadikan Ikhsan sebagai pemain utama musim seterusnya.



"Apabila tampil di padang Ahad lalu, beliau kelihatan segar dan berjaya menyumbatkan gol yang baik pada saat-saat terakhir dan kami berharap beliau mampu mengekalkan prestasi bagi musim depan," ujar Sandsto. - The Straits Times.




HARAPAN JURULATIH



"Apabila tampil di padang Ahad lalu, beliau (Ikhsan) kelihatan segar dan berjaya menyumbatkan gol yang baik pada saat-saat terakhir dan kami berharap beliau mampu mengekalkan prestasi bagi musim depan."
- Jurulatih Jerv Arne Sandsto




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >