PIALA FA ENGLAND

Gol pertama Leiva dalam tujuh tahun selamatkan Liverpool

PLYMOUTH (Britain): Kapten gantian Lucas Leiva menyumbatkan gol pertamanya dalam tujuh tahun untuk membantu Liverpool menang 1-0 ke atas kelab kerdil, Plymouth Argyle, dalam pertemuan ulangan pusingan ketiga Piala FA England di sini kelmarin.

Bintang Brazil yang beraksi sebagai pemain bek tengah itu menyempurnakan hantaran tinggi satu tendangan sudut rakan senegara, Philippe Coutinho, dengan tandukan kencang bagi gol tunggal perlawanan seawal minit ke-18 yang akhirnya melenturkan saingan Plymouth yang hanya 10 hari lalu mengikat Liverpool 0-0 dalam perlawanan pertama di Anfield.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan