Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

Gol pertama Messi bantu PSG jinakkan Man City

Kelab kerdil Moldova catat kejutan besar apabila menewaskan gergasi Sepanyol, Real Madrid
Sep 30, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Lionel Messi menjaringkan gol pertama bagi kelab barunya Paris Saint-Germain yang membolehkan kelab Perancis itu menundukkan Manchester City 2-0 di Paris kelmarin, sementara pasukan kerdil Sheriff Tiraspol dari Moldova mencatat antara kejutan terbesar dalam sejarah Liga Juara-Juara Eropah apabila menewaskan Real Madrid 2-1 di Bernabeu.



Pada minit ke-74, Messi berlari dari garisan tengah padang, membuat hantaran cantik satu-dua dengan Kylian Mbappe sebelum meleretkan bola ke penjuru kanan gawang untuk menjaringkan golnya yang pertama bagi PSG selepas empat perlawanan.



Itu juga adalah gol ke-673 yang dijaringkan Messi, 34 tahun, dalam kerjayanya sebagai profesional, dan yang pertama tidak menyarungi jersi Barcelona.



Awal daripada itu, Idrissa Gueye membuka tirai jaringan bagi PSG, merembat bola kencang dari jarak jauh untuk menewaskan Ederson di gawang City.



City, yang sebelum ini telah dua kali menewaskan PSG dalam Liga Juara-Juara, bukan sahaja mempunyai peluang untuk menjaringkan gol dan menyamai kedudukan, malah memenangi perlawanan itu.



Namun, tandukan kemas Raheem Sterling terkena di palang gol, sementara rembatan Bernardo Silva yang menyambar bola yang melantun ke arahnya itu terkena tiang pula.



City mempunyai tujuh percubaan gol yang menemui sasaran, tetapi penjaga gawang PSG, Gianluigi Donnarumma dari Italy, beraksi cemerlang.



Bercakap kepada media selepas perlawanan itu, Messi berkata beliau mula gementar kerana masih gagal menemui sasaran sejak pemindahannya ke PSG.



"Saya tidak akan berbohong, Perkara itu memang bermain-main di minda saya.



"Tapi mujurlah, kini saya telah menjaringkan gol pertama dan saya berharap gol-gol lain akan menyusul," ujar beliau.



Sementara itu, juara Moldova, Sheriff Tiraspol, yang sebelum ini kurang diketahui orang, mencetuskan sensasi selepas menjaringkan dua gol di Bernabeu untuk menewaskan pasukan tuan rumah Real yang juga pemenang 13 kali pertandingan itu.



Sebastien Thill menjaringkan gol kemenangan seminit sebelum wisel penamat, apabila rembatan kencangnya gagal diselamatkan.



Sebelum itu, Jasurbek Yakhshiboev membuka tirai jaringan bagi Sheriff, melalui satu tandukan cantik, sebelum Karim Benzema menyamai kedudukan bagi Real.



"Ini adalah gol yang paling penting dalam kerjaya saya... itu sudah pasti," kata Thill, bercakap kepada wartawan selepas perlawanan.



Dalam pada itu, Luis Suarez menjadi wira Atletico Madrid apabila beliau menjaringkan gol kemenangan melalui penalti dalam masa kecederaan semasa menewaskan AC Milan 2-1 di Milan. Kekalahan itu adalah yang kedua berturut-turut bagi Milan.



Ini bermakna Atletico dan Liverpool, yang turut menang perlawanannya menduduki dua tempat teratas Kumpulan B sebelum pertemuan mereka minggu depan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >