Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Gol saat akhir penjaga gawang cerah peluang Liverpool ke Liga Juara-Juara Eropah

May 17, 2021 | 06:46 PM



Wisel penamat di stadium The Hawthornes disambut dengan air mata dan timbunan pemain jersi merah di atas penjaga gawang Liverpool Alisson Becker, dengan pengurusnya Jurgen Klopp menyifatkannya sebagai saat istimewa.



Dalam sejarah 129 tahun kelab itu, tiada penjaga gawangnya pernah menjaringkan gol dalam perlawanan kompetitif.



Justeru, Alisson mencipta sejarah apabila beliau menanduk masuk gol kemenangan bagi Liverpool dalam perlawanan dengan West Bromwich Albion semalam.



Gol itu itu bukan sahaja menjamin kemenangan 2-1, malah ia menentukan kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan kekal di tangan Liverpool sendiri.



Bercakap di wawancara di televisyen sejurus selepas perlawanan itu, Alisson berkata bapanya, yang mati lemas di sebuah empangan air semasa bercuti Februari lalu, ‘bersamanya’ sepanjang perlawanan itu.



“Namun, saya harap saya tidak perlu menjaringkan gol-gol sedemikian lagi,” ujar Alisson. Alisson kini memahat namanya dalam sejarah Liga Perdana England sebagai penjaga gawang keenam menjaringkan gol dan yang pertama berbuat demikian menerusi tandukan.



“Ia antara gol terbaik yang pernah saya jaringkan,” kata beliau kepada Sky Sports, sebelum wartawan bertugas mengingatkannya bahawa gol itu yang pertama dan satu-satunya yang pernah dijaringkannya dalam perlawanan kompetitif.



“Jika begitu, gol itu yang terbaik pernah saya jaringkan,” kata Alisson. “Tempoh sejak beberapa bulan lalu begitu emosi bagi saya dan keluarga.



Tapi bola sepak adalah nyawa saya dan saya telah bermain bola sepak dengan bapa sepanjang hayat saya,” kata Alisson.



“Kami benar-benar berjuang untuk memenangi perlawanan dan kini kami buru tempat kelayakan di Liga Juara-Juara.



“Ini membuat saya begitu gembira masa ini,” kata beliau lagi.



Liverpool, yang telah mengharungi musim yang dirundung kecederaan dan gagal mempertahankan kejuaraan liga, kini hanya boleh bersaing bagi tempat di Liga Juara-Juara pada musim depan.



Kemenangan 2-1 ke atas West Brom itu membolehkan kelab itu meloncat ke tangga kelima, satu mata di belakang Chelsea di tangga keempat dan tiga mata di belakang Leicester di tangga ketiga.



Kedua-dua Chelsea dan Leicester bertemu satu sama lain dalam EPL minggu ini.



Klopp, yang turut kehilangan ibunya tahun ini, berkata saat yang dilalui pasukannya itu begitu indah.



“Cara kami memenangi perlawanan itu membuatnya lebih istimewa. Saya tidak boleh menjadi lebih gembira,” ujar Klopp, yang berkata gol yang dijaringkan Alisson itu bertaraf antarabangsa. – Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >