LIVERPOOL terselamat daripada kekalahan pada minit ke-95 apabila tendangan Divock Origi terpesong lalu masuk ke dalam gawang dalam perlawanan menentang West Brom Albion yang berakhir dengan seri 2-2 pada Ahad (13 Dis).
Pasukan tuan rumah itu bermula dengan baik dan mendahului melalui jaringan oleh Jordan Henderson.
Bagaimanapun, kesilapan penjaga gol Simon Mignolet membolehkan Craig Dawson menyamakan kedudukan.
Jonas Olsson kemudian menjaringkan gol kedua West Brom, yang kelihatan akan memberi kemenangan kepada pasukannya hinggalah jaringan saat-saat terakhir Origi itu.
Dengan keputusan tersebut, Liverpool berada di tangga kesembilan liga sementara West Brom ke-13. - Agensi