Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Golf: Peserta Terbuka Australia pakai pelitup dek kebakaran belukar

Dec 05, 2019 | 05:21 PM



SYDNEY: Pemain golf yang bertanding dalam Terbuka Australia mengadu mata mereka pedih, sehingga ada yang terpaksa memakai pelitup apabila asap tebal akibat kebakaran belukar menyelubungi Sydney semasa pusingan pembukaan pertandingan berprestij itu berlangsung hari ini (5 Disember).



Pemain nombor satu Australia Adam Scott mengadu rasa tidak selesa semasa bermain dalam pertandingan itu.



"Saya rasa seperti hendak memasukkan air garam dalam hidung saya dan cuba membersihkannya. Pastinya kami tidak mahu bermain dalam keadaan begini," ujar Scott.



Juara Terbuka Australia 2015 Matt Jones pula berkata keadaan di Kelab Golf Australia di Sydney itu merupakan antara yang paling teruk yang pernah dialaminya.



"Susah untuk melihat bola golf semasa kami bermain... dan mata pun pedih," ujarnya.



Indeks mutu udara Sydney mencapai tahap sama dengan Beijing hari ini sehingga pemain dari New Zealand, Ryan Chisnall, terpaksa memakai pelitup kerana mempunyai masalah semput. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >