Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ozil akan berganding semula dengan Ronaldo di Juventus?

Dec 29, 2020 | 5:30 AM
- Foto REUTERS
- Foto REUTERS -

ITALY: Juventus dilaporkan telah ditawarkan peluang mendapatkan khidmat Mesut Ozil dalam perjanjian pinjaman enam bulan.

Akhbar sukan Italy, Tuttosport, mengatakan Juventus telah menghubungi pihak pemain Jerman itu dan Arsenal sedia melepaskan Ozil secara percuma.

Laporan itu menambah 'Gunners' juga sanggup membayar sebahagian gaji mewah Ozil bernilai £350,000 ($629,784) seminggu untuk memudahkan pemindahan itu.

Pemindahan ke Juventus juga bermakna Ozil akan bertemu semula dengan Cristiano Ronaldo yang pernah bersama membentuk gandingan mantap di Real Madrid.

Pemain Portugal itu sangat marah mengenai pemindahan Ozil ke England pada 2013 sementara Ozil menganggap Ronaldo sebagai antara pemain terbaik sepanjang masa. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg