Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

GP Singapura: Pemandu Ferrari Leclerc raih petak pertama lagi

Oct 01, 2022 | 10:47 PM



PEMANDU Ferrari Charles Leclerc akan memulakan perlumbaan Formula Satu Grand Prix Singapura Ahad ini (2 Oktober) di petak pertama.



Warga Monaco itu mencatat masa terpantas 1:49.412 dalam kelayakan di litar Marina Bay malam ini untuk meraih kedudukan petak pertama kesembilannya musim ini.



Leclerc turut muncul sebagai pemenang kelayakan pada 2019, edisi terakhir GP Singapura sebelum ia dibatalkan dua kali pada 2020 dan 2021 dek pandemik Covid-19.



Sergio Perez dari Red Bull lambat 0.022 saat untuk berada di tempat kedua.



Juara empat kali GP Singapura Lewis Hamilton memiliki sesi kelayakan yang boleh dianggap memuaskan. Jaguh dunia tujuh kali dari Mercedes itu akan memulakan perlumbaan esok dari petak ketiga.



Rakan sepasukan George Russell pula mendapati dirinya di kedudukan yang tidak biasa - petak ke-11.



Beberapa kekecewaan lain juga disaksikan dalam sesi kelayakan malam ini.



Pendahulu kejuaraan Max Verstappen dari Red Bull hanya mampu menduduki tempat kelapan, manakala pemandu paling berjaya GP Singapura Sebastian Vettel dari Aston Martin tersungkur di petak ke-14.



Perlumbaan esok akan berlangsung pada 8 malam.

 



Keputusan kelayakan Grand Prix Singapura 2022:



1) Charles Leclerc (Ferrari)



2) Sergio Perez (Red Bull)



3) Lewis Hamilton (Mercedes)



4) Carlos Sainz (Ferrari)



5) Fernando Alonso (Alpine)



6) Lando Norris (McLaren)



7) Pierre Gasly (AlphaTauri)



8) Max Verstappen (Red Bull)



9) Kevin Magnussen (Haas)



10) Yuki Tsunoda (AlphaTauri)



11) George Russell (Mercedes)



12) Lance Stroll (Aston Martin)



13) Mick Schumacher (Haas)



14) Sebastian Vettel (Aston Martin)



15) Zhou Guanyu (Alfa Romeo)



16) Valtteri Bottas (Alfa Romeo)



17) Daniel Ricciardo (McLaren)



18) Esteban Ocon (Alpine) 



19) Alex Albon (Williams)



20) Nicholas Latifi (Williams)



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >