Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

GP Singapura: Pemandu teruja berlumba semula di Marina Bay

Sep 29, 2022 | 09:47 PM




SETELAH dua tahun Litar Jalanan Marina Bay ditutup dek pandemik Covid-19, bintang-bintang Formula Satu (F1) ghairah dapat kembali berlumba dalam Grand Prix (GP) Singapura Singapore Airlines tahun ini.


 

Ini meskipun mereka mengakui bahawa trek GP Singapura dianggap “antara yang paling mencabar” dalam kalendar F1.



Pemandu Mercedes dan jaguh empat kali di Singapura, Lewis Hamilton berkata kepulangan F1 di litar Marina Bay ini sudah lama dinanti.



“Ia rasa hebat untuk kembali ke bandar cantik ini dan treknya adalah luar biasa dan sukar untuk dipandu. Ia sangat, sangat berlekak-lekuk dan mempunyai 23 selekoh,” kata jaguh F1 tujuh kali itu dalam satu sidang media pada Khamis ini (29 Sep)



Hamilton, 37 tahun, masih menanti kemenangan pertamanya musim ini. Warga Britain itu sedang bergelut memelihara rekod 15 tahun untuk menang sekurang-kurangnya satu perlumbaan setiap musim.



“Kami berharap bahawa kereta kami dapat beraksi dengan baik di sini…Tapi, ia benar-benar bergantung pada keadaan trek yang berlekak-lekuk.



“Saya langsung tiada jangkaan. Kami akan hanya cuba menghasilkan keputusan yang terbaik pada hujung minggu ini, dengan apa jua keadaan kereta yang kami bakal hadapi,” tambahnya.



Selain litarnya, cuaca panas dan lembap Singapura turut menjadi ujian besar bagi para pemandu.



Bahkan, pemandu Ferrari, Carlos Sainz berkata bahawa persiapannya untuk bersaing di Singapura bermula sejak pramusim lagi pada awal tahun ini. 



“Untuk kekal fokus adalah perkara yang sangat susah (semasa perlumbaan) disebabkan bahangnya…Ia sangat mencabar secara mental sebab perlumbaan ini memerlukan banyak tenaga dan treknya yang lawan arah jam juga akan menjejas posisi leher anda,” kata warga Sepanyol itu, yang menang GP Britain di litar Silverstone pada Julai lalu.



“Apabila saya berlatih semasa pramusim pada Januari dan Februari, saya fikir tentang Singapura. Saya tidak fikir tentang perlumbaan pertama atau yang lain. Bagi saya, jika anda dapat bertahan di Singapura, anda cergas untuk perlumbaan lain dalam F1,” kongsinya.



Alex Albon dari pasukan Williams juga disahkan sihat dan akan kembali bertanding pada hujung minggu ini, setelah terlepas beraksi dalam perlumbaan sebelumnya di Monza, Italy.



Albon dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan bagi apendiksnya dan kemudian mengalami komplikasi termasuk kegagalan pernafasan.



Warga Thai itu berkata:



“Saya datang di sini sememangnya rasa bersedia dan sihat. Kami memiliki latihan yang baik selama hampir dua minggu ini untuk kembali cergas.



“Pastinya, kami bersikap realistik dan kami tahu bahawa GP Singapura ialah perlumbaan yang paling sukar. Jadi, kami sedar akan risikonya tapi saya rasa baik. Saya telah berlumba go-kart dan ia rasa okey.”



Perlumbaan GP Singapura sepanjang tiga hari bermula Jumaat petang, dengan dua sesi latihan pertamanya.




 


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >