SUKAN SINGAPURA

Grace Fu gesa Hab Sukan pertingkat atur cara

MENTERI Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu, kelmarin berkata beliau menjangka Hab Sukan Singapura memperbaiki pengaturcaraannya di tengah-tengah pertukaran kepimpinan di kemudahan sukan $1.33 bilion itu.

Bulan lalu, ketua pegawai eksekutif (CEO) Hab Sukan, Manu Sawhney, mengundurkan diri - keputusan yang mencetuskan pelbagai perbualan kerana ia dibuat selepas aduan mengenai gaya kepimpinan beliau.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan