Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Man City lompat semula ke atas Liverpool

Guardiola gesa pasukan menang baki 6 perlawanan untuk rangkul kejuaraan
Apr 22, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Bos Manchester City, Pep Guardiola, berkata pasukannya tidak mampu tercicir walau satu mata pun bagi baki musim Liga Perdana England (EPL) ini jika mereka ingin mengakhiri musim sebagai juara.



Guardiola berkata pesaing terdekat, Liverpool, adalah antara pasukan terbaik dalam sejarah bola sepak dan pasukannya perlu mempunyai rekod sempurna bagi enam perlawanan terakhir.



Awal pagi semalam, City merampas semula tempat di puncak liga daripada Liverpool selepas ia menewaskan Brighton 3-0. Ia kini mendahului EPL dengan kelebihan satu mata ke atas Liverpool.



"Kami tidak bodoh," kata Guardiola, dalam wawancara selepas perlawanan itu.



"Jika kami seri, tercicir dua mata, Liverpool akan menjadi juara.



"Tapi jika kami memenangi semua baki perlawanan, kami akan menjadi juara. Semua pemain sedar mengenai perkara ini."



Menurut Guardiola, pasukannya tahu ia mempunyai banyak perlawanan sukar sehingga ke penghujung musim.



"Kami akan cuba memenangi semua perlawanan itu. Jika berjaya, kami akan meraikan kemenangan di akhir musim. Jika tidak, kami akan mengucapkan tahniah kepada Liverpool," ujar beliau lagi.



City dan Liverpool bersaing sengit sepanjang musim, dengan kededua perlawanan liga antara seteru ketat itu berakhir 2-2.



Namun, Liverpool berjaya mengatasi City 3-2 dalam separuh akhir Piala FA pada hujung minggu lalu.



Kededua pasukan juga telah melayakkan diri ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, di mana mereka adalah pilihan untuk bertemu di final.



Namun, sebelum itu - City akan bertemu Real Madrid dan Liverpool bertemu Villareal di peringkat separuh akhir liga elit Eropah itu - anak didik Guardiola harus bertemu Watford dalam EPL pada Sabtu ini.



Menyusuli itu, anak didik Juergen Klopp pula bertemu Everton.



Pada musim 2018-19, City memenangi semua 14 perlawanan terakhir untuk mengatasi Liverpool dengan satu mata dan menjulang trofi.



Kali ini, Guardiola berkata anak didiknya perlu menunjukkan tahap tumpuan dan permainan konsisten yang sama untuk sekali lagi menjulang trofi EPL.



Namun, beliau akur amat prihatin dengan kecederaan yang dialami Nathan Ake dan John Stones dalam perlawanan dengan Brighton, yang boleh menggugat pasukannya bagi perlawanan-perlawanan seterusnya.



"Kami pernah mengalami keadaan ini beberapa tahun lalu, apabila kami memenangi 14 perlawanan berturut-turut untuk menjadi juara.



"Ia juga bergantung pada soal kecergasan kami, kecederaan yang dialami... dan juga Liga Juara-Juara," kata Guardiola.



"Nasib kami di hujung musim akan ditentukan dalam masa sebulan ini, walaupun musim bermula 11 bulan yang lalu. Kami akan berusaha memenangi semua perlawanan."



Menurut Guardiola, pasukannya akan menghadapi perlawanan yang mencabar di tiga stadium lawan - menentang Leeds di Elland Road, West Ham di Stadium London dan Wolves di Molineux.



Namun pasukannya tidak gentar.



"Kami beraksi lebih baik semasa bertemu Liverpool dalam liga baru-baru ini tetapi hanya mampu seri.



"Ini bermakna kami tidak pilihan lain selain memenangi semua baki perlawanan,"kata Guardiola.



Dalam pada itu, kemenangan ke atas Brighton awal pagi semalam bermakna City telah menjamin kelayakan automatik ke Liga Juara-Juara musim depan.



"Ada pihak yang menganggap perkara ini remeh atau tidak penting kerana kami memang dijangka melayakkan diri. Tapi kejayaan ini tidak jatuh ke riba... dan kami telah meraihnya lagi," ujar beliau lagi. - Agensi berita.



LIGA PERDANA ENGLAND




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >