LONDON: Pemain muda yang baru dibeli Manchester City, Gabriel Jesus, perlu dikeluarkan selepas hanya 15 minit setelah pemain itu mengalami kecederaan dalam perlawanan yang menyaksikan pasukannya menewaskan Bournemouth 2-0 malam kelmarin.
Penyerang Brazil itu telah menunjukkan persembahan cemerlang sejak membuat penampilan pertamanya bersama pasukan bimbingin Pep Guardiola bulan lalu berikutan pemindahannya dari kelab Palmeiras.