Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Temuan bakal tampilkan pesaing baru

Guardiola masih buru konsistensi

epl
Dec 28, 2020 | 05:30 AM



PREVIU EVERTON LWN MANCHESTER CITY



Dalam musim di mana hanya 10 mata atau sekitar tiga kemenangan memisahkan pasukan di tangga ke-10 dengan pasukan teratas dalam Liga Perdana England, setiap mata adalah genting dan setiap mata tidak mampu digugurkan bagi setiap pasukan yang ingin terus mendaki liga. Perkara ini lebih ketara bagi Manchester City, yang bergelut menjaringkan gol musim ini dan Everton, yang kini mendamba bukan sahaja tempat di Liga Juara-Juara Eropah musim depan, malah kejuaraan liga juga



MANCHESTER: Mereka bukan berada dalam krisis meskipun ketinggalan beberapa tangga di belakang pendahulu liga Liverpool menjelang tahun baru ini.



Namun, Pep Guardiola dan Manchester City masih bergelut untuk mencari form dan mempertajam tumpuan pemain di setiap bahagian untuk kembali bersaing bagi kejuaraan dan membuktikan ia masih antara pesaing utama Liga Perdana England.



Satu sebab mereka 'gagal' berbuat demikian setakat ini adalah kerana kayu ukur tara tinggi yang ditetapkan oleh diri sendiri sejak beberapa tahun yang lalu.



Namun, musim ini, tanpa pemain mapan seperti Sergio Aguero, yang cedera jangka panjang, dan David Silva, yang telah berpindah ke La Liga Sepanyol, Guardiola terdesak membentuk sebuah pasukan yang mampu menunjukkan permainan yang konsisten dari satu minggu ke satu minggu yang lain.



Justeru, perlawanan dengan Everton dinihari esok boleh memberi kita cerminan keupayaan sebenar City musim ini.



Everton bukan pasukan yang terhandal atau yang paling kreatif dalam liga.



Namun, di bawah telunjuk Carlo Ancelotti, Everton kian bangkit sebagai pasukan yang konsisten dan berdisiplin semasa mempertahankan gol.



Malah, ia juga kini mempunyai tenaga kreatif dalam bentuk James Rodriguez, yang telah mendapat nafas baru di Merseyside dan di barisan depan, Dominic Calvert-Lewin kian membuktikan beliau juga boleh menjadi jentera gol bagi England, serupa dengan kaptennya Harry Kane.



Namun, sumber kekuatan Everton juga boleh menjadi punca kekurangannya.



Pastinya, antara taktik Guardiola malam ini adalah untuk menyekat Rodriguez di midfield dan selanjutnya menghalang hantaran bola kepada Calvert-Lewin di petak penaltinya.



Sesungguhnya kekuatan City musim ini adalah pertahanannya, yang baru sahaja melepaskan 12 gol dalam liga, bilangan paling rendah dalam kalangan pasukan lain.



Pemain warga Portugis Ruben Dias juga semakin muncul sebagai pemain tunggak di tengah-tengah pertahanan City.



"Ruben tidak melakukan sebarang kesilapan dan sentiasa memberikan tumpuan," kata Guardiola.



"Kelab kami telah mendapatkan pemain pertahanan yang hebat dan personaliti beliau mencadangkan beliau akan memain peranan besar bagi kami, terutama dalam saat-saat yang penting."



Bagaimanapun, kekurangan City di barisan depan adalah ketara musim ini.



Ia menjaringkan 19 gol dalam 13 perlawanan liga, hanya sekitar separuh daripada 37 gol yang dijaringkannya dalam 13 perlawanan di tahap ini pada musim lalu.



Dan kemarau gol ini boleh berterusan jika Aguero tidak kembali cergas dan pemain serangan lain seperti Raheem Sterling dan Gabriel Jesus tidak menjadi lebih tajam di depan gol.



Ini kerana Guardiola telah mengaku bahawa kelab itu tidak akan membeli sebarang pemain baru di tempoh pindahan pemain bulan depan, meskipun ia kekurangan pemain penyerang yang konsisten.



"Masalah ekonomi yang dialami kelab-kelab lain turut dialami kami dan kami juga berada dalam keadaan yang sukar," kata Guardiola apabila ditanya sama ada beliau akan membeli pemain baru.



"Jawapan lebih ringkas adalah tidak."



Ditanya mengenai cabaran yang dihadapi City untuk merapat jurang dengan Liverpool di puncak liga, Guardiola berkata pasukannya berada begitu jauh di belakang dan beliau hanya mampu memberitahu pemainnya supaya tidak berfikir tentang perkara itu.



Sebaliknya, mereka harus berfikir lebih jangka pendek untuk memperbaiki prestasi dan menumpukan tenaga pada perlawanan seterusnya, kata Guardiola.



"Tidak ada gunanya kita fikirkan mengenai pasukan lawan... lebih penting kita fikirkan bagaimana untuk bangkit, itu sahaja," kata Guardiola. - Agensi berita.




"Tidak ada gunanya kita fikirkan mengenai pasukan lawan... lebih penting kita fikirkan bagaimana untuk bangkit, itu sahaja."
- Pep Guardiola, pengurus Manchester City.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >