BAKAT muda golf setempat, Abdul Hadi Uda Thith, merasakan kejayaan sulungnya sebagai pemain profesional semalam.
Ini menyusuli kejayaan Hadi, 23 tahun, memenangi kejohanan kelayakan bagi PGA Tour China Series (Siri Jelajah China PGA) yang berlangsung di Kelab Golf Foison di Guangzhou, China, petang semalam.